KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.
Tegas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), tindakan Chee How keluar daripada parti telah melanggar perjanjian terkandung dalam watikah pelantikan parti itu.
Jelasnya, Chee How juga faham dengan jelas komitmen secara lisan dan bertulis yang beliau telah janjikan kepada PSB sebelum dipilih sebagai calon untuk mewakili parti itu di kawasan DUN Batu Lintang semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.
“Tanggungjawab beliau kini adalah untuk membayar ganti rugi kepada parti jika dia memilih untuk meletak jawatan selepas memenangi PRN sebagai calon PSB, ini termasuk meninggalkan jawatan sebagai ADUN.
“YB See ialah seorang peguam yang berpengalaman, beliau sedar akan komitmen yang telah beliau tulis sebelum penyerahan surat watikah untuk mewakili PSB dalam PRN yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan itu berjanji, PSB akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala tindakan dan akan meneruskan komitmen dilaksanakan Chee How sebelum ini.
“PSB telah menerima surat peletakan jawatan daripada Yb See Chee How, pastinya pihak parti kesal dengan keputusan yang telah beliau lakukan, beliau juga sedar kemenangannya dalam PRN juga atas sokongan serta pelbagai sumber daripada PSB dan penyokong-penyokong parti ini,” ujarnya.
Untuk makluman PRN-12 menyaksikan kemenangan empat daripada 70 kerusi yang ditandingi PSB iaitu Bawang Assan, Ba’ Kalalan, Engkelili serta Batu Lintang menjadikan mereka parti dominan blok pembangkang selain dua kerusi DAP.
Fadilah Sulaiman
Sun Aug 14 2022

Soon Koh (gambar) berkata, tindakan Chee How keluar daripada parti telah melanggar perjanjian terkandung di dalam watikah perlantikan parti itu.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PRU15: Usia 80 tahun, Presiden PSB berdepan saingan tiga penjuru di Parlimen Sibu
Soon Koh berjaya menawan DUN Bawang Assan dalam PRN Sarawak berdepan penyandang Kerusi Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP) dan Clarence Ting Ing Horh (GPS).

PRU15: Wong Soon Koh mahu ke Dewan Rakyat, sedia rampas Parlimen Sibu
Jelas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu keputusan buat sebagai memenuhi permintaan ahli yang mahu beliau mewakili suara parti itu di Dewan Rakyat.

PRU15: PSB sasar bertanding tidak lebih 10 kerusi
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyasarkan tidak lebih 10 kerusi parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.

PSB, PBK akan meterai MoU, fokus pembahagian kerusi menjelang PRU15
PSB dan PBK akan menandatangani memorandum persefahamanan (MOU) bagi memfokuskan pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRN Sarawak: Air mata Soon Koh rayu sokongan untuk PSB
Sendu dan air mata mengiringi rayuan terakhir Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Khamis, agar rakyat memberi peluang kepada parti itu.

PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB
Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

PRN Sarawak: DAP 'pasang' guru tuisyen cabar Soon Koh di Bawang Assan?
Setakat ini, pengerusinya Chong Chieng Jen hanya mengumumkan 18 calon awal manakala baki lapan lagi masih jadi tanda tanya.

PRN Sarawak: Saya akan pertahan kerusi DUN Bawang Assan - Wong Soon Koh
Beliau sedia berdepan pencabar daripada SUPP, Robert Lau, di DUN Bawang Assan.

Tidak perlu tergesa-gesa buat PRN Sarawak - Wong Soon Koh
Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya negeri walaupun Proklamasi Darurat telah ditamatkan, kata Presiden Parti Sarawak Bersatu, Datuk Seri Wong Soon Koh.