SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
Beliau turut menegaskan akan mengemukakan saman, jika mendakwa beliau adalah individu bertanggungjawab menyebarkan rakaman video terbabit.
Chegu Bard berkata, penjelasan Datuk Muhammad Agus Yusoff berhubung rakaman video berunsur lucah membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) itu dan seorang lelaki pada Jumaat disifatkan sangat mengelirukan.
“Nampaknya masalah lebih rumit. Adakah ini mengesahkan masalah Agus dengan beberapa individu dalam Pejabat Perdana Menteri itu benar?.
"Siapa pula 'Mr H'? Adakah ia orang di bawah pengaruh pejabat Perdana Menteri (PM) ingin singkir Agus?, soalnya menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu.
Che'gu Bard turut menasihatkan Muhammad Agus supaya berhenti 'melondehkan' lebih banyak maklumat berhubung rakaman berdurasi lebih tiga minit yang dimuat naik di laman sosialnya, kelmarin.
Beliau berkata, Muhammad Agus bukan sahaja menampilkan Abdul Wahab, malah mengesahkan video berkenaan benar.
"Wahab mengaku rakam, cuma tanpa audio. Rakaman video call (panggilan video) tanpa audio, lucu juga alasannya. Wahab mengaku dia diupah 'Mr H', yang juga kakitangan J-KOM.
"Wahab mengaku video ini benar tetapi mengatakan ia sudah dikerat (dipotong). Video asal yang panjang kita harap Wahab berani keluarkan. Siapa 'Mr H'?
"Jika wujud dan benar 'Mr H' lakukan jenayah? Berapa dia (Mr H) upah Wahab untuk rakam dan berapa pula Muhammad Agus upah Wahab untuk mengaku?" katanya.
Beliau mengulas sidang media Muhammad Agus dan Abdul Wahab yang juga penolong pegawai J-KOM susulan panggilan video berunsur lucah didakwa mengaitkan mereka yang tular di media sosial.
Rakaman itu didakwa palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab, dikatakan bertujuan menjatuhkan reputasi Mohammad Agus.
Abdul Wahab dipetik mengakui merakamnya, namun isi perbualan bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial, selain mendakwa rakaman video berunsur lucah terbabit adalah konspirasi Mr H yang identitinya tidak didedahkan.
Sementara itu, Che'gu Bard mengakui memuat naik rakaman terbabit di platform media sosialnya selepas mendakwa klip video berkenaan sudah pun tersebar, bertujuan mendapatkan maklum balas berhubung ketulenannya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 18 2023
![Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H' Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700303575_chegubard.jpg)
Che'gu Bard berkata, Muhammad Agus bukan sahaja menampilkan Abdul Wahab, malah mengesahkan video berkenaan benar. - Gambar fail
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739144347_tbPlymouthArgyleR.jpg)
Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.
Kecerdasan Buatan: Perancis umum pelaburan €109 bilion
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar 109 bilion euro (kira-kira RM530 bilion) dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Perang di Ukraine: Trump bincang dengan Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
Gencatan senjata: Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Lima rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
![Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701769985_RazarudinHusainIG.jpg)
Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu.
![Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701428445_RazarudinHusain.jpg)
Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.
!['Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab 'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701341557_Wahablaporanpolis.jpg)
'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.
![Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701337852_RazarudinHusainIG.jpg)
Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' tidak akan didedahkan.
![Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701334404_Penolongpegawaidi.jpg)
Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.
![Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700793135_TBPengarahJabatan.jpg)
Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis
Mohd Shuhaily berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.
![Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700549861_RazarudinHusainIG.jpg)
Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil
Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dinamakan sebagai 'Mr H' yang dipercayai dikaitkan dengan perbualan video tular.
![Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H' Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700303575_chegubard.jpg)
Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'
Chegu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
![Polis siasat siapa 'Mr H' Polis siasat siapa 'Mr H'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700299970_HusseinOmarKhan.jpg)
Polis siasat siapa 'Mr H'
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu.
![‘Saya diperguna, dijadikan kambing hitam’ - Abdul Wahab ‘Saya diperguna, dijadikan kambing hitam’ - Abdul Wahab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700300048_Penolongpegawaidi.jpg)
‘Saya diperguna, dijadikan kambing hitam’ - Abdul Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mendakwa dirinya dipergunakan dan dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu sehingga terpalit dengan isu video tular melibatkan Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.