Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berharap kemasukan semula beliau ke dalam kabinet boleh menjadi platform untuk terus berkhidmat kepada rakyat khususnya terhadap pembangunan golongan wanita, orang kurang upaya dan kanak-kanak.
Menyifatkan pengumuman Najib sebagai di luar jangkaan, beliau melihat pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai amanah besar sekali gus berazam untuk menggalasnya sebaik mungkin.
"Saya pernah berkhidmat di kementerian sama kira-kira enam tahun dan yakin ia memberi kelebihan untuk saya berkhidmat semula dengan lebih baik di situ.
"Saya juga berharap mana-mana usaha dan perancangan yang tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dapat direalisasikan dalam bentuk yang lebih sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat pada masa kini," katanya kepada Bernama.
Chew sebelum ini pernah menjadi setiausaha Parlimen dari 2004 hingga 2008 dan menjadi timbalan menteri di kementerian sama dari 2009 hingga 2010.
Mengenai, pelantikan beberapa lagi wakil daripada MCA dan Gerakan sebagai menteri penuh dan timbalan menteri, Chew berkata ia memperlihatkan aspirasi Najib terhadap gagasan 1Malaysia yang sentiasa mengambil kira pendangan kaum lain dalam barisan kepimpinan kerajaan.
Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengalu-alukan kemasukan MCA dan Gerakan dalam Kabinet kerana masyarakat Cina memerlukan perwakilan dalam Kabinet.
Timbalannya Datuk Dr S. Subramaniam pula berkata perkembangan itu akan mengeratkan lagi tahap perpaduan rakyat berbilang kaum dan menambahkan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional.
Bernama
Wed Jun 25 2014
![Chew Mei Fun guna platform Timb. Menteri bantu bangunkan wanita Chew Mei Fun guna platform Timb. Menteri bantu bangunkan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61393040454_295x200.jpg)
CHEW MEI FUN: Ini satu amanah besar
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
![Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah
Dua ahli politik DAP menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar RM350,000 kepada bekas setiausaha agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.
![Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435065467_NAZRIAZIZ.jpg)
Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA
Nazri Aziz adalah di antara nama-nama pemimpin BN yang tersenarai dalam golongan pemimpin biadap dan angkuh.
![Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444006459_chewmeifun.jpg)
Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA
Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.
![Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71443974754_chewmeifun.jpg)
Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datin Seri Chew Mei Fun menegaskan bahawa beliau bukanlah sekadar calon payung terjun diletakkan pucuk pimpinan BN di kerusi parlimen itu.
![Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045 Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446896130_wargaemas.jpg)
Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045
Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah mereka yang berusia bawah 15 tahun selepas 2045.
![Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444006459_chewmeifun.jpg)
Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Kerajaan bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016 65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444006459_chewmeifun.jpg)
65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016
Sebanyak 65 Taska dan 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatalkan pendaftaran kerana gagal mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sejak Januari hingga September tahun ini.
![Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446896130_wargaemas.jpg)
Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Chew Mei Fun berkata kerajaan tidak bercadang menambah rumah kebajikan bagi menempatkan warga emas.
![Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444006459_chewmeifun.jpg)
Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia
Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.
![Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439299288_IsmailSabri.jpg)
Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berharap isu cadangan "Low Yat 2" tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).