Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai setiausaha agungnya yang baharu, wanita pertama menjawat jawatan itu.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut mengumumkan dan memperkenalkan individu-individu yang memegang jawatan dalam jawatankuasa pusat parti di mana 60 peratus daripadanya adalah muka baharu.
Ini termasuklah Nicole Wong Siaw Ting wanita pertama menjadi Pengerusi Pemuda dan tujuh orang yang lain yang dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri.
"Ini adalah bagi memberi peluang kepada pemuda dan wanita mentadbir parti dan membentuk pemimpin pelapis serta sebagai pembaharuan kepada parti.
"Walau bagaimanapun saya akan memberi masa setahun kepada ahli jawatankuasa pusat dan ahli jawatankuasa kecil untuk menunjukkan prestasi yang baik," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pusat yang diadakan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang termuda yang diumumkan ialah Chew Sir Boon dari Terengganu berusia 27 tahun.
Mesyuarat berkenaan adalah mesyuarat jawatankuasa pusat MCA yang pertama selepas mengadakan pemilihan pada 4 Nov.
Wee yang juga Anggota Parlimen Ayer Hitam itu juga berkata sasaran partinya itu selepas ini adalah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum yang akan datang.
"Sebab itulah kami 'melabur' pada pemimpin muda kerana ia adalah persediaan bagi pilihan raya akan datang," katanya.
Antara jawatan yang diumumkan selepas mesyuarat berkenaan ialah Pengerusi Wanita Datuk Heng Seai Kie, Bendahari Agung Datuk Lee Chee Leong dan Setiausaha Pengurusan Kebangsaan Ling Tian Soon.
Bernama
Fri Nov 16 2018

Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai setiausaha agungnya yang baharu, wanita pertama menjawat jawatan itu. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.