GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terdapat cubaan dalaman untuk menyingkirkan beliau sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata belum membaca mengenai laporan portal berita tersebut justeru adalah tidak adil untuk beliau menjawab tanpa mengetahui isu yang diperkatakan.
"Saya akan jawab tetapi bukan hari ini, kalau nak jawab tapi tak baca lagi, nak jawab juga ia tidak adil, maka saya akan jawab apabila sampai masanya," katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri yang tidak berpuas hati dengan pentadbirannya, beliau memberitahu tidak mengetahuinya.
Katanya, sepanjang menjadi Ketua Menteri, tidak ada mana-mana ADUN kerajaan negeri yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbirannya.
"Saya tidak tahu siapa yang tidak berpuas hati dengan saya, mereka tidak pernah menyuarakan dan menunjukkan ketidakpuasan hati di hadapan saya," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya terdapat desakan dari dalam DAP untuk menyekat beliau daripada kembali menjadi Ketua Menteri selepas PRN akan datang.
Laporan tersebut mendakwa, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bakal kembali menerajui kerajaan negeri selepas mendakwa Kon Yeow dilihat tidak berkesan sebagai Ketua Menteri.
Sementara itu ditanya sama ada Guan Eng masih berpeluang menjadi Ketua Menteri semula sekiranya menang pada PRN nanti, Kon Yeow berkata, pindaan perlembagaan negeri dengan jelas memasukkan dasar baharu yang mana seseorang itu tidak boleh dilantik sekiranya pada bila-bila masa pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri selama dua penggal.
"Tetapi pada 2018 ada pindaan dengan memasukkan sub klausa baharu, yang menyatakan Yang Dipertua perlu melantik, tetapi orang yang dilantik itu tidak boleh dilantik sekiranya bila- bila masa pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri untuk dua penggal, telah berkhidmat sebagai KM untuk dua penggal, itu pindaan yang dibawa ke DUN dan diluluskan oleh Dewan," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata fokusnya kini adalah untuk memastikan PH menang terlebih dahulu pada PRN akan datang dan tindakan seterusnya berhubung jawatan Ketua Menteri hanya akan diputuskan selepas itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed May 03 2023
![Chow 'tak tahu' ada gerakan singkirkannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang Chow 'tak tahu' ada gerakan singkirkannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683024108_TBCHOW.jpg)
Kon Yeow berkata fokusnya kini adalah untuk memastikan PH menang terlebih dahulu pada PRN akan datang dan tindakan seterusnya berhubung jawatan Ketua Menteri hanya akan diputuskan selepas itu.- Gambar fail/BERNAMA
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kemaskininya memaklumkan
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737496061_ChowKonYeow.jpg)
China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.
![Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622886822_BatuFerringhi.jpg)
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
![Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736578400_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
![LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736576240_AnwarIbrahim.jpg)
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
![Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732271982_TBChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju
![Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732247097_ChowKonYeow.jpg)
Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
![Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735749693_ChowKonYeowJagde.jpg)
Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.
![Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024 Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732247097_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.
![Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735374463_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri
Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah.
![Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734872077_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.