Langkah pembangkang menciplak inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan Johor dan memasukkannya dalam manifesto pilihan raya mereka membuktikan pakatan itu terdesak untuk popular hinggakan malas untuk memikirkan inisiatif sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata tindakan itu bagaimanapun mencerminkan pembangkang lupa akan hakikat bahawa rakyat Johor amat arif tentang segala usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri.
Katanya, di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, rakyat tahu bahawa kerajaan negeri sentiasa berfikir dan memandang ke hadapan dalam menyantuni Bangsa Johor dalam pelbagai aspek kehidupan.
Ini termasuk mengambil langkah tepat dan strategik dengan membuka Kolej Pengajian Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) dan Skill Hub Johor yang menjurus kepada penguasaan dan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, katanya, Johor telah sekian lama memberi biasiswa kepada para pelajar Bangsa Johor yang menuntut di pelbagai peringkat, termasuk bagi pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh tanah air serta di luar negara, katanya ketika mengulas manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan semalam.
Manifesto pembangkang itu yang mengandungi 20 intipati antara lainnya menyentuh hasrat mereka untuk mewujudkan Universiti Johor, mengembalikan biasiswa kerajaan Johor, membina 100,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan memperkenalkan air percuma, sekiranya berjaya menawan Johor pada pilihan raya umum kelak.
Berlandaskan segala tawaran ini, Ayub berkata PH hanyalah sebuah pakatan yang mahukan kuasa semata-mata tanpa mempunyai sebarang dasar dan tawaran yang bijaksana.
"Inilah natijahnya jika kita memilih wakil rakyat yang hanya muncul ketika pilihan raya untuk memenangi kerusi," katanya.
Di KUCHING, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata 99 peratus perkara yang terkandung dalam manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) telah terlaksana berbanding dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor.
"Tengok apa yang mereka cakap, apa mereka buat, adakah selari dengan apa yang kita hasratkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bergerak maju di masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi santai bersama peserta Pertandingan Matematik Dunia ke-15 di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 07 2018

AYUB: Rakyat Johor amat arif tentang segala usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.

PABM mahu kerajaan beri keutamaan sewajarnya kepada atlet angkat berat
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia Datuk Ayub Rahmat, mahu atlet angkat berat negara diberikan keutamaan sewajarnya oleh kerajaan.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG
Menurut Ayub, PABM akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jawatankuasa RTG untuk menilai permohonan berkenaan.

Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.

Doping: PABM rancang bubar skuad kebangsaan
PABM kecewa kerana kes itu berlaku sewaktu kem latihan berpusat sehingga merancang untuk mengambil tindakan drastik.

Mohamad Aziz selamat dikebumi
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang amat menjaga silaturahim sesama sahabat tanpa mengira pangkat dan usia.

Badang Malaysia dilarang sertai Sukan Olimpik Tokyo
Selain Malaysia, atlet angkat berat Thailand turut menerima nasib sama ekoran kedua-dua negara mencatat jumlah kes doping yang banyak, tanpa mengira sebarang perubahan tarikh temasya sukan itu.

Banjir Johor semakin pulih, 7 PPS ditutup
Lebih 1,000 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kira-kira jam 1 petang tadi.

Tiada laporan kesihatan bayi terjejas akibat susu tiruan - Exco
Datuk Ayub Rahmat berkata ini berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri ke atas semua pusat kesihatan di negeri itu.