ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan lawatannya ke Langkawi Jumaat lalu, adalah atas urusan rasmi bagi mendengar taklimat daripada agensi keselamatan.
Katanya, sebagai anggota pentadbiran kerajaan yang menjaga portfolio keselamatan, beliau perlu diiringi sejumlah pegawai keselamatan dan perlu menginap di hotel bersamanya.
Berikutan itu, beliau mempertikai bagaimana borang tempahan yang dibuat agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah hotel milik Kerajaan Negeri Kedah boleh bocor dan diperolehi Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
"Saya adalah orang anggota pentadbiran yang memegang portfolio keselamatan kalau hotel dalam menguruskan perniagaan boleh dengan mudah membocorkan dokumen tempahan, borang tempahan. Itu tak bagus untuk perniagaan hotel itu.
"Di masa depan nanti kalau ada orang yang Menteri Besar tak setuju atau tak suka maka pihak hotel akan terus bagi begitu sahaja, tak bagus, itu menunjukkan lemahnya isu tatakelola bukan saja di peringkat Menteri Besar, termasuk oleh anak syarikat kerajaan negeri yang ada hotel macam ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat PKR Kedah, di sini pada Ahad.
Saifuddin berkata, tidak timbul isu beliau menyalah guna agensi kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti yang didakwa Muhammad Sanusi.
Katanya, beliau turut kesal dengan tindakan memuat naik dokumen tempahan yang dibuat KDN di laman sosial Muhammad Sanusi sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
"Kalau itu Menteri Besar cepat pick up masuk dalam Facebook dia, dia anggap ini peluru besar. Walaupun peluru kapur ya, meriam buluh saja, apabila tempahan dibuat oleh agensi di bawah saya dianggap sebagai menyalahgunakan (kuasa).
"Saya hadir untuk diberi taklimat oleh Ketua Polis Daerah Langkawi dan satu lagi agensi di bawah saya adalah Jabatan Imigresen. Takkanlah you nak pergi hanya untuk dengar taklimat, lebih produktif lawatan kita sebagai menteri untuk turun juga ke agensi-agensi di bawah kawal selia saya," katanya.
Semalam, Muhammad Sanusi mendedahkan dokumen tempahan 15 bilik di sebuah hotel dipercayai di Kuah dengan bayaran dibuat Jabatan Imigresen Malaysia.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jul 30 2023
Saufuddin mempertikai bagaimana borang tempahan yang dibuat agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah hotel milik Kerajaan Negeri Kedah boleh bocor dan diperolehi Menteri Besar.- Gambar fail
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.
Penganjur perhimpunan diingatkan patuhi Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri mengingatkan pihak penganjur perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini, agar mematuhi setiap peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin
Negara akan mengambil setiap kelebihan daripada lebih 300 pempamer yang menyertai Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE'25) bermula 20 hingga 22 Januari ini.
“Anak saya tidak mengatasi undang-undang” - Saifuddin Nasution
Sekiranya siasatan mendapati ada asas, biarlah proses undang-undang mengambil tempat, kata Menteri Dalam Negeri itu.
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.