KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak tahu menahu tentang peletakan jawatannya sebagai perdana menteri pada tahun lepas.
Dalam jawapan balas sebanyak 35 perenggan yang disiarkan di blognya, Dr Mahathir turut menjelaskan, nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail langsung tidak disebut sebagai perdana menteri interim.
Dr Mahathir juga menegaskan dakwaan Tommy bahawa nama Wan Azizah pernah dicadangkan sebagai perdana menteri interim sebagai karut.
"Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Agong mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim (sementara).
"Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara," katanya.
Berikutan merupakan kenyataan penuh Dr Mahathir:
TOMMY THOMAS
(Terjemahan versi BM)
1. Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story: Justice in the Wilderness. Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya. Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula, Tommy telah datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga, kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentang saya dan Zainur telah cadangkan nama Tommy sebagai Peguam Negara.
2. Pada masa itu saya kecewa dengan sebilangan Peguam Negara Melayu yang bersedia untuk taat kepada Perdana Menteri (Najib) walaupun disuruh melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir ia satu perkara yang baik untuk lantik Peguam Negara bukan Melayu.
3. Apabila saya jadi Perdana Menteri ke-7, saya putuskan untuk lantik Tommy Thomas. Saya sedar orang Melayu tidak akan suka. Tetapi Peguam Negara Melayu tidak bersungguh dalam profesion mereka. Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
4. Secara umum saya berpuas hati dengan kerja Tommy. Dia jelaskan kepada saya bahawa tidak ada kes untuk dakwa yang dikatakan penyokong LTTE ini. Saya terima penjelasan itu dan menulis kepada Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri. Tommy buang kes tersebut. Kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak.
5. Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Agong mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim (sementara). Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara.
6. Sebabnya saya letak jawatan ialah kerana parti saya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menolak nasihat saya untuk tidak keluar dari Pakatan Harapan kerana pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kesemua ahli telah bersetuju untuk serah kepada budi bicara saya tarikh sesuai untuk letak jawatan. Jelas mereka tidak hendak saya letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar. Anwar dan Wan Azizah hadir dalam mesyuarat itu.
7. Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, pada hari Ahad rayuan saya untuk diberi masa sebelum buat keputusan keluar dari PH ditolak. Saya tahu apabila Bersatu bersama kumpulan PKR Azmin keluar dari PH, Kerajaan PH akan jatuh kerana hilang majoriti.
8. Walaupun saya merayu untuk diberi masa seminggu untuk buat keputusan, malam itu Bersatu, kumpulan Azmin dari PKR, UMNO dan PAS hadir makan malam di Sheraton Petaling Jaya. Saya enggan hadir, kerana saya tidak dimaklum apa-apa sebelum itu. Jelas sekali Bersatu, dipimpin Muhyiddin bersetuju bentuk pakatan bersama UMNO, PAS termasuk kumpulan Azmin. PH tidak lagi jadi Kerajaan. Mereka tidak boleh tunggu seminggu untuk saya buat keputusan.
9. Saya terfikir tentang penolakan nasihat saya oleh MPT Bersatu dan penyertaan Bersatu di Sheraton. Nyata bahawa saya telah hilang keyakinan dari Bersatu dan oleh sebab itu saya harus letak jawatan sebagai Pengerusi parti. Jika saya letak jawatan sebagai Pengerusi, saya juga tidak lagi mewakili Parti dalam PH. Jadi saya perlu juga letak jawatan sebagai Perdana Menteri.
10. Setelah diberitahu kepada pemimpin PH, saya menjangka akan mengadap Agong di sebelah tengahari. Saya percaya YDPA telah terima surat peletakan jawatan saya semasa pertemuan itu. Pada awalnya YPDA menolak peletakan jawatan saya. Saya kekal dengan pendirian saya dan kemudian YDPA terima keputusan itu. Tetapi YDPA minta saya jadi Perdana Menteri
sementara.
11. YDPA tidak cadangkan nama lain, pastinya bukan Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri (TPM). Saya tidak tawar diri tetapi tidak kena jika saya menolak cadangan Agong.
12. Pada masa itu Kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh rentetan pengumuman Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari PH di sebelah tengahari. Wan Azizah sebagai TPM tidak boleh ambil alih jawatan kerana PH bukan lagi Kerajaan. Juga tidak ada satu pun ahli PH boleh ambil alih daripada saya.
13. Agong meminta 222 ahli Parlimen namakan Perdana Menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli. YDPA mahu mereka buat pilihan dengan tandatangan Akuan Bersumpah di hadapannya.
14. Ini mengambil masa selama 2 hari dengan YDPA menyaksi ahli Parlimen menamakan calon dan tandatangan akuan tersebut.
15. Saya tidak menamakan diri sebagai calon tetapi saya telah jangka akan menang. Seperti dinyatakan di atas, Majlis Presiden PH telah putus menyerahkan kepada saya bila masa untuk saya letak jawatan. Sebaliknya YB Hamzah Zainuddin yang merancang kejatuhan PH telah memperoleh Akuan Bersumpah dari semua ahli Parlimen UMNO dan PAS untuk sokong saya sebagai Perdana Menteri.
16. Saya fikir kedudukan saya telah diperkuat memandangkan kesemua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang menyokong saya. Tetapi rancangan Hamzah ialah menjadikan saya Ketua kepada pakatan baru yang dianggotai UMNO, PAS dan Bersatu. Saya masih lagi akan jadi Perdana Menteri dan ini akan pengaruhi saya untuk tinggalkan PH.
17. Tetapi ahli Parlimen PH tidak namakan saya sebagai calon mereka semasa tandatangan akuan bersumpah di hadapan Agong. Anwar yakinkan mereka yang dia mendapat sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dan bersama ahli parlimen PH, memperoleh majoriti untuk jadi Perdana Menteri. Dengan itu mereka namakan Anwar sebagai calon PH.
18. Hakikatnya dia hanya disokong DAP, Amanah dan kumpulannya dalam PKR. Mereka berjumlah 92. Saya cuma mendapat 62 sokongan. Jadi kami berdua kalah.
19. Semasa Muhyiddin dinamakan sebagai Perdana Menteri, dia tidak dapat sokongan majoriti. Tetapi setelah dilantik dia tawar jawatan kabinet kepada ahli yang telah sokong saya. Mereka beralih sokongan dan Muhyiddin mendapat lebihan dua majoriti.
20. Semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara, hubungan kami baik. Dia akan berjumpa saya untuk isu-isu utama. Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia.
21. PAS tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat.
22. Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawatan.
23. Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi Perdana Menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang. Tetapi saya letak jawatan pada 2003 kerana rasa terlalu lama jadi PM. Diktator biasanya tidak akan letak jawatan. Tapi sudah pasti yang menentang saya tidak akan berhenti mendakwa saya diktator.
24. Saya tidak ingin bosankan dengan berjawatan terlalu lama. Pada 2020 saya letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu bukan atas kehendak saya, tetapi parti telah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga yakin PH sudah hilang majoriti dan tidak boleh lagi jadi Kerajaan. Saya juga letak jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya tak perlu pun letak jawatan kerana kejatuhan Kerajaan PH bermakna saya bukan lagi PM.
25. Berkenaan Kabinet pula, apabila PH hilang majoriti, Kabinet juga tidak dapat kekal. Perkara 43 (4) Perlembagaan menyebut “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
26. Ini berbeza dengan 1969, apabila Perikatan punyai majoriti. Ia tidak ditumbangkan seperti PH. Tunku dijangka akan jadi PM. Tetapi darurat diisytihar, MAGERAN ditubuh dan dipimpin oleh Tun Razak. Kemudian Tunku letak jawatan dan Tun Razak dilantik sebagai PM. Dia masih punyai majoriti kerana Perikatan telah menang dalam pilihanraya.
27. Begitu juga Barisan Nasional (BN) masih punyai majoriti apabila Hussein putuskan untuk tidak mahu bertanding dan saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
28. Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti dan Agong tidak boleh terus lantik Wan Azizah, TPM sebagai Perdana Menteri. Agong juga tidak meminta Wan Azizah menjadi Perdana Menteri Interim.
29. Sebenarnya tidak ada peruntukan untuk Perdana Menteri Interim. Saya terima jawatan itu kerana proses pemilihan oleh 222 Ahli Parlimen mengambil masa yang lama. Negara perlukan Ketua Kerajaan sementara. Setelah ahli parlimen pilih Perdana Menteri baru, pelantikan saya terhenti. Tetapi ahli parlimen tidak berikan majoriti jelas, Anwar peroleh 92 manakala saya 62 undi.
30. Ya. Peletakan jawatan ini pendirian peribadi. Saya tidak hantar surat peletakan kabinet. Tetapi apabila Kerajaan PH tumbang, tidak ada alasan untuk Kabinet kekal. Ia terbubar bersama Kerajaan.
31. Saya hairan bagaimana seorang peguam tidak faham yang ini bukanlah pertukaran Perdana Menteri. Kerajaan PH telah tumbang. Agong tidak boleh lantik Wan Azizah, TPM sebagai Pemangku PM. Sama seperti saya, dia juga tidak punyai majoriti apabila PH ditumbangkan oleh Bersatu yang keluar bersama kumpulan Azmin dari PKR atau Parti Keadilan. Samalah juga dengan Kabinet.
32. Sebagai Perdana Menteri Interim tugas saya ialah untuk menubuh Kerajaan. Ahli politik sibuk bercakap tentang kepentingan parti mereka, bukan tentang negara.
33. Saya berpendapat kita perlu lupakan tentang parti dan fikir tentang negara. Oleh itu saya beritahu kepada semua Ketua Parti kita perlu ada Kerajaan Perpaduan dan lupakan agenda peribadi. Kita juga perlu bawa bukan ahli politik ke dalam Kerajaan.
34. Saya masih ingat dengan jelas Tun Razak, Pengerusi MAGERAN, cuba untuk bawa kesemua parti pembangkang ke dalam Kerajaan. Dia berjaya bawa bersama Gerakan, PAS dan SUPP. Tetapi DAP tolak. Masih dia rasa berhak untuk namakan perikatan baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional.
35. Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
3 FEBRUARI 2021
Irwan Muhammad Zain
Wed Feb 03 2021

Dr Mahathir juga menegaskan dakwaan Tommy bahawa nama Wan Azizah pernah dicadangkan sebagai perdana menteri interim sebagai karut. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.