BUKIT KAYU HITAM: Dakwaan mengatakan UMNO menjadi 'abang besar' atau 'big brother' dalam proses untuk memulihkan jalinan kerjasama antara parti berkenaan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya satu persepsi politik.
Menurut Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, parti berkenaan kini sedang berusaha bersungguh-sungguh membentuk kerjasama erat antara parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk UMNO.
Jelasnya, agenda untuk mentadbir dan membangunkan negara dengan baik, mewujudkan suasana politik harmoni serta memberikan kesejahteraan kepada rakyat hanya akan dapat dicapai melalui satu bentuk kerjasama yang erat dan padu.
"Ini (dakwaan mengatakan UMNO itu abang besar hanya) persepsi politik, we (Bersatu) are doing our best untuk bekerjasama dengan semua parti dalam PN.
"Bagi pendirian Bersatu, hanya melalui kerjasama yang erat, yang padu, kita dapat meneruskan agenda untuk mentadbir negara, mewujudkan suasana politik yang (harmoni) dan juga menumpu usaha membangun ekonomi negara... dan rakyat jelata akan dapat manfaat daripada persefahaman yang erat antara parti yang ada dalam kerajaan," katanya.
Mengenai kemelut dalam UMNO, beliau enggan mengulas lanjut dan berkata: "Itu kena tanya UMNO,".
Ronald berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan lawatan di Kompleks Tahanan Sejuk Beku, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.
Sebelum ini, Pengerusi Bersatu Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Bersatu tidak boleh berbuat apa- apa sekiranya UMNO berasakan parti itu sebagai ‘abang besar’ atau 'big brother' berhubung jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jelasnya, pihaknya akan mencari jalan terbaik untuk membuat rundingan semula dengan UMNO supaya dapat bekerjasama dengan parti itu.
Abd Hadi Che Awang
Fri Mar 12 2021
Ronald berkata, parti berkenaan kini sedang berusaha bersungguh-sungguh membentuk kerjasama erat antara parti dalam PN.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
US Chip War: Malaysia’s tech aspirations under pressure, what lies ahead?
As Malaysia sets its sights on becoming a global AI and semiconductor hub, Tier 2 classification and GPU import restrictions could be a roadblock. Will these challenges stifle its technological ambitions and deter global investors, or can Malaysia navigate its way to maintain its competitive edge in the global semiconductor supply chain?
YTL group akan labur £4 bilion di uk dalam tempoh 5 tahun
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti Najib
UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong.
Himpunan Solidariti untuk Najib tiada kaitan dengan parti lain - MKT UMNO
Katanya, perhimpunan tersebut satu bentuk sokongan dan setia kawan ahli terhadap Najib yang juga bekas presiden parti kerana jasa besar beliau selama ini.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.