DAP kini akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan menyatakan kesediaan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok berkata parti itu juga akur dengan arahan RoS supaya menggunakan senarai 2,576 perwakilan yang digunakan pada pemilihan 15 Dis 2012 serta melantik juruaudit bebas untuk memantau dan mengendalikan pemilihan semula itu.
Kok berkata pemilihan semula CEC itu akan diadakan melalui kongres khas seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.
Beliau bagaimanapun berkata, pemilihan semula itu dibuat 'di bawah protes' dan tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap RoS sekiranya perlu.
Kok berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di ibu pejabat RoS di sini hari ini bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, bagi menyerahkan surat jawapan kepada surat yang mengarahkan pemilihan semula CEC kepada parti berkenaan Isnin lepas.
Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah semalam dilaporkan berkata pertubuhan itu kekal dengan keputusan bahawa DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
Pada Rabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh RoS adalah berdasarkan berita palsu.
Dalam pada itu, Loke berkata pemilihan semula itu hanya boleh dilaksanakan selepas RoS mengesahkan senarai 2,576 perwakilan 2012 yang dihantar oleh mereka hari ini seperti yang disyaratkan pertubuhan itu.
"Kami harap ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk disahkan bagi memudahkan kami melakukan tindakan lanjut," kata Loke.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2017

Teresa Kok berkata parti itu juga akur dengan arahan RoS supaya menggunakan senarai 2,576 perwakilan yang digunakan pada pemilihan 15 Dis 2012. -Gambar fail

Tiada kes kusta direkodkan dalam kalangan Orang Asli di Melaka
Situasi penyakit kusta dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Melaka terkawal dan tiada kes direkodkan setakat ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.
Consider This: Gig Workers Bill (Part 2) — Is Malaysia Getting It Right?
The government is set to table the Gig Workers Bill during this session of Parliament. The Bill aims to define gig work, regulate income structures, and introduce social protections—measures the government says will uphold the welfare and rights of workers in the gig economy. So will this Bill truly empower gig workers, or might it leave them in a grey area between independence and vulnerability? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Jose Rizal, Chief Activist of Gabungan eHailing Malaysia, Chair of Koperasi GIG Malaysia,
Consider This: Gig Workers Bill (Part 1) — Is Malaysia Getting It Right?
The government is set to table the Gig Workers Bill during this session of Parliament. The Bill aims to define gig work, regulate income structures, and introduce social protections—measures the government says will uphold the welfare and rights of workers in the gig economy. So will this Bill truly empower gig workers, or might it leave them in a grey area between independence and vulnerability? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Wan Agyl Wan Hassan, Founder and CEO of MY Mobility Vision.

Ibu Zulfarhan reda, sedia maafkan enam bekas penuntut UPNM
Hawa Osman, 62, berkata walaupun anaknya tidak hidup kembali, dia sedia memaafkan keenam-enam individu terlibat.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kanak-kanak lelaki 12 tahun lemas di lagun Sungai Tok Bali
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas ketika mandi di lagun Sungai Tok Bali, Jalan Semerak, Pasir Puteh pada 12.22 tengah hari tadi.

FAMA sedia hadapi musim pengeluaran Mangga Harumanis, buah bermusim di Perlis
FAMA mengadakan perjanjian jual beli (Forward Agreement) bersama pengusaha tempatan sebagai persediaan menghadapi musim pengeluaran Mangga Harumanis dan buah-buahan bermusim di negeri ini.
AWANI Ringkas: Perkhidmatan e-filing bagi tahun taksiran 2024 dibuka Sabtu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 28 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 28 Februari 2025
1️⃣ Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad
2️⃣ Perkhidmatan e-filing bagi tahun taksiran 2024 dibuka Sabtu
3️⃣ Permukiman AEM ke-31 sokong penuh 18 PED
#awaniringkas
1️⃣ Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad
2️⃣ Perkhidmatan e-filing bagi tahun taksiran 2024 dibuka Sabtu
3️⃣ Permukiman AEM ke-31 sokong penuh 18 PED
#awaniringkas

Juara Catur Dunia ke-10 Boris Spassky meninggal dunia
Presiden Persekutuan Catur Rusia, Andrey Filatov mengesahkan perkara itu.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.

DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU15
Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka mempunyai pengaruh yang kuat.

DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng
DAP menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan UMNO melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membuat keputusan sebaliknya.

Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.

DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.

"Saya terima pingat kerana hormati Yang Dipertua Negeri Melaka" - Tey
"Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.

Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.

ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu diminta disiasat semula kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.

Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).