KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja mendesak agar sekutu mereka dalam Kerajaan Perpaduan, DAP, mengambil tindakan tegas terhadap Tony Pua.
Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin menegaskan DAP tidak sepatutnya hanya mengeluarkan kenyataan berhubung apa yang diucapkan oleh Tony menerusi setiausaha agongnya.
Mohd Zaffarollah turut menyelar Tony yang disifatkan kurang bijak dalam membuat kenyataan tentang komponen Kerajaan Perpaduan.
"Tony Pua tidak seharusnya membuat kenyataan kurang bijak tentang komponen Kerajaan Perpaduan hari ini yang boleh menyebabkan kerajaan jadi tidak stabil.
"Ia akan menjejaskan ekonomi negara dan mengurangkan keyakinan pelabur luar.
"DAP bukan suci. Lim Guan Eng ada kes rasuah di Mahkamah. Kementerian Sumber manusia yang diterajui DAP sekarang ini juga sedang terpalit isu rasuah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pada Jumaat, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan 'korup'.
Kenyataan itu disuarakan bekas Ahli Parlimen Damansara sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Susulan kenyataan itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kenyataan Tony itu adalah atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti DAP.
Menjelaskan perkara itu, Loke berkata, Tony sudah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti tersebut.
Irwan Muhammad Zain
Sat Jun 24 2023

Mohd Zaffarollah turut menyelar Tony yang disifatkan kurang bijak dalam membuat kenyataan tentang komponen kerajaan perpaduan. -Facebook Mohd Zaffarollah

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

DAP lantik audit bebas antarabangsa pastikan pemilihan CEC bersih, telus
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim berkata badan audit bebas itu akan bertindak sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pemilihan tersebut.

Ketua DAPSY Woo Kah Leong dipilih Ketua Angkatan Muda Harapan baharu
Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Woo Kah Leong dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Harapan yang baharu.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,