KUALA LUMPUR:Pengisytiharan darurat yang dipohon perkenan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu telah hilang majoriti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan Muhyiddin itu juga membuktikan beliau tidak mempunyai keyakinan memenangi undian Belanjawan 2021 di Parlimen.
Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa seperti mengakui bahawa pelaksanaan kuasa darurat adalah untuk mengelakkan pilihan raya yang secara tidak langsung mengakui usaha melindungi kedudukan mereka yang berkuasa.
"Perkara ini jelas tiada kaitan dengan COVID-19 ketika laporan daripada The Star yang dimiliki oleh MCA secara terbuka mengakui bahawa pengisytiharan darurat adalah untuk mengelakkan Belanjawan 2021 dikalahkan dan menghentikan seketika "aktiviti politik".
"The Star menulis bahawa Belanjawan 2021 akan dibentangkan kepada kabinet, dan dapat diluluskan tanpa undian daripada semua 222 Ahli Parlimen (AP), kerana Parlimen sudah tidak berfungsi dalam keadaan darurat.
"Kesan darurat adalah ia akan memusatkan kuasa kepada Perdana Menteri dengan mengorbankan Parlimen, merosakkan ekonomi dan menyebabkan kehilangan keyakinan yang teruk," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Justeru, Guan Eng menggesa Muhyiddin meletak jawatan kerana kegagalannya melaksanakan penuh di rumah kepada mereka yang kembali dari Sabah berikutan Pilihan Raya Negeri pada 26 September, 2020.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
BACA: Agong nasihat rakyat tenang, sabar, jangan spekulasi
BACA: Darurat tidak akan bantu tangani COVID-19 - Dr Mahathir
"Sebaliknya, beliau dan Perikatan Nasional telah memilih untuk meruntuhkan demokrasi berparlimen dengan cubaan perisytiharan darurat untuk mengorbankan rakyat dan ekonomi negara demi menyelamatkan dirinya dan mengekalkan kekuasaan dengan apa cara sekalipun," katanya lagi.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Yang di-Pertuan Agong adalah harapan terakhir rakyat untuk mengelakkan pengumuman darurat yang tidak wajar itu.
"Rakyat Malaysia memohon dan mendoakan untuk satu keputusan di mana suara rakyat biasa dapat didengar," katanya.
BACA: Pertahankan perlembagaan ketika tangani krisis - Mohamad Hasan
BACA: Elak isytihar darurat, perkukuh tindakan kesihatan awam tangani COVID-19 - Amanah
BACA: Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU - Annuar
Astro Awani
Sat Oct 24 2020
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Yang Di-Pertuan Agong adalah harapan terakhir rakyat untuk mengelakkan pengumuman darurat yang tidak wajar itu. - Gambar fail
Tragedi MH17: Keluarga rakyat A.S terbunuh dalam MH17 boleh saman bank Rusia
Keluarga seorang warga Amerika yang terbunuh susulan pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 kini dibenarkan untuk menyaman bank terbesar Rusia.
A.S - China: Trump tak tergesa-gesa bercakap dengan China ketika perang tarif melanda
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Selasa menyatakan beliau tidak tergesa-gesa untuk bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping.
Gencatan senjata: Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian bermula
Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu, bahkan mengecam keras tindakan ICC.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.