SANDAKAN:Pembatalan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi susulan Proklamasi Darurat yang diisytihar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan langkah terbaik untuk mengekang pandemik COVID-19.
Pengundi di kawasan itu berpendapat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept lalu bukti jelas COVID-19 sukar dikawal ketika berdepan pilihan raya, malah ketika ini Sandakan antara daerah di Sabah yang masih merekodkan kes COVID-19 tinggi dan berada dalam zon merah.
Ketua Kampung Pulau Timbang, Lajim Sumadin, 62, berkata beliau risau dengan 435 penduduk kampung di pulau itu jika rombongan calon datang melawat untuk berkempen sekiranya PRK diadakan dalam keadaan pandemik itu belum reda.
"Potensi penduduk dijangkiti COVID-19 adalah besar dan membimbangkan. Lebih-lebih lagi kedudukan kami agak jauh dari hospital. Kerisauan kami dirasai oleh pemerintah dan kami menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan mengisytiharkan darurat," katanya kepada Bernama.
Sehingga semalam, daerah Sandakan mencatatkan 1,459 kes aktif COVID-19 dengan 21 kes baharu, dan lima kluster telah dikenal pasti di kawasan Batu Sapi.
Adiknya Paraji Sumadin, 58, pula sentiasa percaya kerajaan tidak akan sanggup membiarkan rakyat menderita, apatah lagi ramai yang terkesan dengan PKPB yang sedang dikuatkuasakan.
"Mereka (kerajaan) telah datang menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang semasa PKPB ini. Sekarang, mereka prihatin dengan kerisauan kami (terhadap PRK semasa pandemik)," katanya.
Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Ali Basah Nusol, 61, berkata semua pihak perlu ingat bahawa sekarang adalah masa untuk melawan pandemik COVID-19 dan bukan berebut kuasa manakala PRK Parlimen Batu Sapi boleh difikirkan selepas COVID-19 bukan lagi menjadi ancaman.
Akur dengan tanggungjawab sebagai pengundi di Parlimen Batu Sapi, Ali Basah mengakui rakyat di kawasan itu sangat berwaspada dengan potensi jangkitan COVID-19 dan berharap PRK itu dapat diadakan setelah seluruh Sandakan menjadi zon hijau kembali.
"Masih lagi ada penduduk yang belum menerima bantuan kerajaan. Saya berharap usaha menghapuskan pandemik ini dan membantu rakyat yang terkesan didahulukan sebelum perkara lain," katanya.
Ibu tunggal kepada empat anak dari PPR Batu Sapi, Junaidah Onik,55, pula bersyukur pentadbiran kerajaan masih boleh berjalan dengan baik, walaupun terpaksa mengorbankan PRK Parlimen Batu Sapi buat sementara waktu.
"Sementara virus itu masih mengganas di kawasan berkenaan, usaha menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat perlu diutamakan, termasuk usaha pengagihan bantuan kepada penduduk yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.
Al-Sultan Abdullah semalam mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di kawasan Parlimen itu, yang sekaligus membatalkan PRK itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 Nov depan, manakala hari pengundian pada 5 Dis dan pengundian awal pada 1 Dis.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Okt lepas akibat jangkitan paru-paru.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020

Pengundi di kawasan Batu Sapi berpendapat PRN Sabah pada 26 Sept lalu bukti jelas COVID-19 sukar dikawal ketika berdepan pilihan raya. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.