KUALA LUMPUR:Pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong adalah sesuatu yang boleh dicabar oleh institusi kehakiman, sekiranya mempunyai asas yang kukuh, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
Ujarnya lagi, nasihat Perdana Menteri kepada Agong untuk membawa kepada perisytiharan darurat, boleh dicabar dalam mahkamah, berdasarkan keputusan Majlis Privy dalam kes Teh Cheng Poh v. Pendakwa Raya pada 1979.
Atas sebab itu, Tun Zaki berpendapat, Tuanku sangat berhati-hati sebelum membuat pengisytiharan, termasuk mengambil inisiatif berjumpa dengan Raja-raja Melayu untuk meneliti cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai langkah mengawal penularan pandemik COVID-19 di negara ini.
“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Agong perlu mengikut nasihat yang diberikan Kerajaan Baginda, iaitu Perdana Menteri sedia ada dan Kabinet. Tetapi itu tidak bermaksud Agong tidak boleh memberi nasihat balas kepada Perdana Menteri dan Kabinet.
“Dan saya percaya itu yang Tuanku mahu lakukan. Tuanku mahu berunding dengan Raja-raja Melayu, dan mungkin akan memanggil Perdana Menteri untuk memberitahu pandangan konsesus Raja-raja. Ini mungkin mebawa maksud untuk meminta Perdana Menteri mempertimbangkan semula cadangannya kepada Agong,” kata Tun Zaki seperti disiarkan portal The Vibes, hari ini.
Dalam pada itu, selain sebagai individu yang mempunyai latar belakang undang-undang, Zaki berkata, beliau turut ingin memberi pandangan sebagai seorang ahli perniagaan.
Katanya lagi, sejak beberapa bulan lepas, pelabur telah mula menjual saham dan kepentingan dalam syarikat-syarikat negara dan mula meninggalkan Malaysia, kerana keadaan yang tidak menentu, terutamanya dari segi politik dan ekonomi.
“Ahli perniagaan dan pelabur tidak suka jika mereka tidak tahu apa akan terjadi pada keesokan harinya. Kerana setiap kali kerajaan bertukar, dasar juga akan bertukar.
“Mereka akan gembira jika sesuatu kerajaan itu stabil, kerana mereka tahu polisi sedia ada akan terus digunapakai untuk jangka masa yang panjang,” kata Tun Zaki.
Beliau berkata, sekiranya Darurat itu diisytiharkan, tetapi Kerajaan yang berfungsi ketika tempoh itu bukan sahaja tidak menyalahguna kuasa, tetapi menggunakannya untuk mengembalikan kestabilan politik, itu adalah sesuatu yang positif untuk ekonomi dan negara.
Ujarnya lagi, sudah tentu beberapa pihak termasuk parti pembangkang dan peguam akan menganggap Darurat sesuatu yang negatif, dan merujuk kepada negara-negara di mana Perdana Menteri menjadi diktator, dan memegang kuasa itu untuk tempoh yang lama.
Tetapi, Zaki berkata, sejarah menunjukkan perkara itu tidak pernah terjadi di Malaysia walaupun sudah enam kali Darurat diisytiharkan sepanjang tempoh negara ini Merdeka sejak 1957.
“Kita sebenarnya tidak tahu alasan Perdana Menteri memohon Pengisytiharan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong. Ada yang membuat spekulasi bahawa ia bertujuan untuk mengelak undi tidak percaya di Parlimen. Jika itu tujuannya, maka adalah salah.
“Tetapi, jika tujuan sebenar adalah untuk menghalang pilihan raya, yang kita lihat telah menyebabkan penularan mendadak COVID-19 di negara ini, maka pada pandangan saya, ia adalah berasas,” kata Zaki.
Beliau berkata, jika negara berterusan menderita akibat pandemik, maka ia akan menjadi ancaman kepada ekonomi dan kehidupan rakyat, dan pengisytiharan ini akan dikekalkan oleh mahkamah sekiranya ada pihak yang mahu mencabar.
Jelasnya lagi, apabila Darurat diisytiharkan pada 1969, Mahkamah Persekutuan ketika itu berpandangan pengedaran dadah juga boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam, dan mengekalkan keputusan bahawa penahanan di bawah Ordinan Darurat. (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 adalah sah.
“Tetapi sekiranya boleh dibuktikan bahawa Kerajaan cuba memohon Pengisytiharan Darurat semata-mata untuk mengelak, atau mempertahankan kedudukannya, maka ini jelas perbuatan mala fide, dan boleh diisytihar ultra vires (sesuatu di luar Perlembagaan Persekutuan).
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
“Risiko bahawa Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 untuk tidak mendapat undian secukupnya, yang juga membawa maksud Perdana Menteri tidak ada sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat, bukan asas yang bagus untuk Pengisytiharan Darurat,” katanya lagi.
“Kerosakan yang kita lihat akibat Pilihan Raya Negeri Sabah sangat menakutkan, dan sebagai rakyat negara ini, saya tidak mahu menghadapi COVID-19.
“Apa yang rakyat mahukan, saya rasa sebahagian besar daripada mereka mahu meneruskan kehidupan seperti biasa, dan muak dengan pertelingkahan antara ahli politik," tegasnya lagi.
Tun Zaki berkata, beliau ingin mencadangkan agar kesemua pihak dalam Dewan Rakyat, iaitu Kerajaan, Pembangkang dan blok Bebas, untuk mencapai persetujuan bagi menunda Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri untuk tempoh setahun atau dua lagi.
“Dan dalam tempoh itu, kita terus perangi COVID-19. Apabila COVID-19 berjaya dihapuskan, atau kita telah mempunyai vaksin, kita kembali kepada amalan biasa dan sesiapa sahaja boleh membawa usul tidak percaya supaya dapat diadakan pilihan raya umum.
“Tetapi jika pandemik terus menular, maka undang-undang (kecemasan) ini membolehkan Perdana Menteri menunda pilihan raya,” katanya lagi.
Tetapi apa pun, Tun Zaki berkata, lebih baik untuk kesemua pihak menunggu hasil rundingan antara Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong, serta pengumuman selanjutnya daripada Perdana Menteri.
Firdaus Azil
Sun Oct 25 2020

Tun Zaki berkata jika kesemua pihak dalam Dewan Rakyat, iaitu Kerajaan, Pembangkang dan blok Bebas, untuk mencapai persetujuan bagi meluluskan Belanjawan 2021, dan juga menunda PRN Sarawak untuk tempoh setahun atau dua lagi. - Foto Astro AWANI
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Astro catat pendapatan RM1.06 bilion, untung RM141 juta
Keuntungan selepas cukai Astro meningkat 91 peratus, sementara keuntungan pengiklanan (ADEX) meningkat 21 peratus bagi suku pertama tahun kewangan 2022.

Pendapatan, untung selepas cukai Astro meningkat suku kedua
Syarikat itu turut mengumumkan peningkatan dividen berbanding suku pertama.