KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menyindir Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana "tidak menyempat-nyempat" untuk mengadakan debat bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu kewangan Sapura Energy Berhad (SEB).
Isham dalam hantaran di laman Facebook berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seharusnya menghormati bulan Ramadan, dan memberi laluan untuk melakukan amal ibadah berbanding mengutamakan debat.
"Janganlah tak menyempat-nyempat, Anwar. Tahulah awak baru menang (jawatan) Presiden tanpa bertanding.
"Kurangkan berkepak bulan Ramadan ini," tulisnya dalam hantaran tersebut pada Isnin.
Mengulas lanjut mengenai hasrat PKR mahu menyegerakan sesi debat itu, Isham berkata kem Najib tidak mempunyai sebarang masalah, namun dia berpandangan waktu yang sesuai adalah selepas bulan Ramadan.
"Saya kata, tunggulah dulu sekejap, bulan-bulan puasa ini orang mahu tumpukan kepada ibadat, bukan berdebat.
"Kita tiada masalah kalau Anwar nak berdebat malam ini sekali pun, tetapi hormatilah orang-orang yang berpuasa dan bersolat tarawih beberapa minggu ini sahaja pun.
"Takkan nak mula debat semasa berpuasa atau selepas tarawih dan habis tengah-tengah malam? Lepas habis bulan puasa, kita debatlah sepuas hati," tambahnya.
Sementara itu dalam hantaran hari ini pula, Isham mendakwa penyelaras debat bagi kem Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil telah bersetuju untuk mengadakan debat selepas bulan puasa.
"Saya ada jumpa YB Fahmi Fadzil minggu lepas untuk bincang berkenaan debat Najib-Anwar.
"Dalam perjumpaan itu, dia setuju untuk buat debat selepas raya, dan dia kata minggu kedua atau ketiga pun sesuai.
"Namun semalam dia kata kepada media bahawa dia dan PKR tidak setuju pula debat selepas raya. Apa punya pusing orang PKR ini. Bulan puasa pun nak sembang. Bulan-bulan puasa ini tak baik menipu, YB," sindirnya lagi.
Memetik laporan media, Anwar yang juga Ketua Pembangkang memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyelaras dan memperincikan tarikh serta masa untuk mengadakan debat khas bersama Najib.
Fahmi pula seperti dilapor Malaysiakini mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Isham hari ini bagi menyelesaikan masalah berhubung perdebatan itu.
Pada Isnin, Anwar menyatakan kesediaannya untuk berdepan dan berdebat dengan Ahli Parlimen Pekan mengenai isu kewangan SEB yang merupakan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia.
Kenyataan itu dibuat selepas Najib dilaporkan berkata, bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi Ramli, tetapi ia perlu turut melibatkan Anwar.
Susulan itu, tiga media terkemuka negara - Sinar Harian, Astro AWANI dan Sin Chew Daily sedia menjalin kerjasama untuk membawakan debat itu kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi pelbagai platform.
Hasimi Muhamad
Wed Apr 13 2022
Isham berkata kem Najib tidak mempunyai sebarang masalah, namun dia berpandangan waktu yang sesuai untuk berdebat adalah selepas bulan Ramadan - Gambar fail/Sinar Harian
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri itu.
Terengganu catat kerugian lebih RM40 juta akibat 'scammer' tahun lalu
Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairuddin berkata, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil, kesedaran masyarakat berhubung penipuan dalam talian dilihat masih rendah.
Bomoh disyaki cabul kanak-kanak disambung reman enam hari
Tempoh tahanan reman seorang bomoh yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun disambung enam hari sehingga Jumaat depan.
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong, George Town.
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan pengurangan manakala Sabah kekal, setakat pukul 8 malam Sabtu.
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan MAIS bermula 15 Feb ini.
Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.