KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan baru-baru ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata sehubungan itu kedudukan enam wakil rakyat berkenaan masih kekal sebagai Ahli Parlimen.
"Selagi ia tidak melibatkan Parlimen, saya tidak akan terlibat dan ambil pusing sebab itu isu politik, isu pentadbiran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hinggalah mereka selesai masalah mereka dan akhirnya datang kepada saya untuk meminta pandangan atau keputusan, waktu itu saya akan buat.
"Sekarang ini tidak ada apa-apa berlaku lagi, notis apa pun tak terima, satu surat dan e-mel pun tak ada. Saya anggap tak ada apa-apa berlaku selagi benda itu tidak datang ke meja saya, itu hak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada House Committee of The Legislative Council of The Hong Kong Special Administrative Region (LEGCO) di Bangunan Parlimen hari ini.
Pada 2 April lepas, media melaporkan ROS telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.
Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.
Johari berkata beliau juga tidak akan campur tangan isu berkaitan parti politik berkenaan.
"Harus diingat apa berlaku di luar Parlimen ini bukan bidang kuasa saya, sama ada satu parti nak ubah, tambah atau tukar perlembagaan parti, itu juga bukan masalah saya. Begitu juga apa terjadi kepada satu keanggotaan bukan masalah saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Tan Sri Johari Abdul berkata sehubungan itu kedudukan enam wakil rakyat berkenaan masih kekal sebagai Ahli Parlimen. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP - Johari
Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat Bersatu sokong Anwar perlu kosongkan kerusi - Razali
Menurutnya, pindaan Perlembagaan berkenaan diluluskan menyebabkan mereka yang berpaling tadah itu tidak perlu menunggu notis pemecatan.

'Sekurang-kurangnya kita tahu mana intan, mana kaca' - Hamzah
Tujuh pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri tidak hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN).