KUALA LUMPUR: Sesi Dewan Rakyat hari ini bertukar tegang selepas Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan perjalanan Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bangkit mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai Rang Undang-Undang (RUU) lain untuk dibentangkan dalam tempoh tujuh hari persidangan akan datang kerana ketika ini hanya dua RUU sahaja dalam aturan mesyuarat.
RUU tersebut melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan tenaga Lestari (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali kedua.
Jelas Takiyuddin, RUU yang hanya berbaki dua lagi itu akan memendekkan tempoh persidangan hari ini, dan menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak serius melaksanakan fungsi Parlimen.
Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong mencadangkan supaya persidangan hari ini tidak ditangguhkan sehingga dua RUU terbabit diputuskan di Dewan Rakyat.
"Soalan kami, di pihak pembangkang hari ini adalah hari keempat (persidangan) dan kita ada tujuh hari lagi.
"Saya nak tanya adakah kerajaan tidak mempunyai apa-apa RUU untuk tujuh hari lagi? Atau ada kerajaan nak buat kejutan seperti macam RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 baru-baru ini?
"Sudahlah tidak ada penjelasan. Kerajaan dulu panggil semua Ahli Parlimen dan menteri untuk beri penjelasan dulu.
"Soalan pertama saya, adakah ada RUU lagi untuk tujuh hari persidangan? Kalau ada bila? RUU bacaan pertama sudah tiada. Bacaan kali kedua tak tahu bila, jadi apa lagi yang ada?
"Saya mahu soalan saya ini direkodkan dan ditujukan kepada kerajaan. Mungkin kementerian-kementerian sibuk untuk mengadakan filem 'the true'... filem 'Untold Story', yang sudah jadi 'Unsold Story'," soal Takiyuddin di Dewan Rakyat pada Khamis.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Jelas beliau, sekiranya Dewan Rakyat tidak lagi mempunyai urusan kerajaan yang perlu dibentangkan, maka Dewan Rakyat sepatutnya memberi ruang kepada usul persendirian dalam kalangan Ahli Parlimen Pembangkang untuk dibincang dan dibahaskan.
Walau bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Noor berkata sehingga kini beliau tidak menerima notis untuk urusan kerajaan selepas dua RUU hari ini selesai dibincang dan diputuskan.
Situasi itu membawa kepada blok pembangkang meminta undi belah bahagian dilakukan sebelum Ramli mengarahkan Dewan Rakyat direhatkan selama 10 minit sebelum undian dijalankan.
Begitu pun, cubaan pembangkang untuk menggagalkan usul supaya persidangan hari ini ditangguhkan seperti yang dicadangkan kerajaan, tidak kesampaian, apabila undi belah bahagian tidak berpihak kepada mereka.
Ramli ketika mengumumkan keputusan tersebut memaklumkan seramai 83 Ahli Parlimen bersetuju supaya persidangan hari ini ditangguhkan selepas dua RUU dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) diputuskan.
Manakala, seramai 52 Ahli Parlimen tidak bersetuju, 86 orang tidak hadir serta satu tidak mengundi.
"Yang tidak mengundi saya," kata Ramli.
Hasimi Muhamad
Thu May 25 2023

Takiyuddin bangkit mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai Rang Undang-Undang (RUU) lain untuk dibentangkan dalam tempoh tujuh hari persidangan akan datang kerana ketika ini hanya dua RUU sahaja dalam aturan mesyuarat - Fail Bernama

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Keluar dewan: 'Pembangkang tak hormat institusi Yang di-Pertuan Agong' - PM
Anwar berkata ucapan beliau tiada kaitan dengan Perbahasan Titah Diraja, yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat ketika ini.

Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'DAP kafir'
Ahmad Marzuk menjelaskan bahawa kenyataan berhubung 'DAP kafir' mengambil contoh kenyataan Mufti Pahang sebelum ini, yang dilapor melabelkan parti itu sebagai 'kafir harbi'.

Dewan Rakyat: Kerajaan tidak serius laksana fungsi Parlimen - Takiyuddin
Situasi itu membawa kepada blok pembangkang meminta undi belah bahagian dilakukan.

"Jangan jadi batu ronson" - Speaker Dewan Rakyat beri amaran kepada Ahli Parlimen
Beliau dalam masa yang sama meminta agar menghormati kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

'PM ke-8 tak berani...' - Dewan Rakyat kecoh usul undi percaya PM Anwar
Persidangan pertama Dewan Rakyat mencetuskan kekecohan selepas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan oleh Timbalan PM, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dakwaan lucah: Tindakan terhadap Tajuddin diputuskan pada Selasa
Rabu lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila Tajuddin melabelkan segelintir Ahli Parlimen wanita daripada DAP sebagai 'mulut cabul' dan berperangai tidak senonoh.

Didakwa bercakap lucah di Dewan Rakyat, Guan Eng cabar Tajuddin bersumpah
Semalam, Dewan Rakyat kecoh apabila Tajuddin melabelkan segelintir Ahli Parlimen wanita daripada DAP sebagai 'mulut cabul' dan tidak senonoh.

Usul tuntutan Sulu: Diberi taklimat malam ini, MP pembangkang, Bebas persoal kenapa kerajaan buat di ballroom hotel?
Semua Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas terima surat jemputan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk hadir dengar taklimat.

Tuntutan Sultan Sulu: Dewan Rakyat kecoh lebih setengah jam, Kota Belud diarah keluar
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menolak usul tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah.

"Ini kelas membacakan? Semua datang membaca" - Hannah tegur Timbalan Menteri
Hannah berkata, tindakan 'membaca' kenyataan bertulis tidak membawa apa-apa makna.