MELAKA: Walaupun diilabel 'pengkhianat', ia tidak pernah melunturkan semangat Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk terus menabur khidmat di kawasannya.
Malah, beliau bertekad meneruskan tugas diamanahkan parti untuk menyumbang satu kerusi kepada Perikatan Nasional (PN) meskipun persepsi negatif terhadapnya itu sudah bertapak sejak tiga tahun lepas.
"Sentimen pengkhianat ini sejak dahulu lagi, bukan hanya sekarang. Apapun label atau gelaran yang diberikan kepada saya sejak tiga tahun lepas, saya tetap memberikan khidmat saya untuk Masjid Tanah, saya tetap turun berjumpa masyarakat, saya tidak pernah abaikan mereka.
"Saya tetap memberikan bantuan sekiranya diperlukan walaupun hanya sehelai kertas surat sokongan, saya dah cuba yang terbaik," katanya kepada Bernama di sini.
Meyakini tanggungjawabnya kepada rakyat telah dilaksanakan sebaik mungkin, Mas Ermieyati menyerahkan nasibnya kali ini kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara untuk menilai rekod prestasi dan hasil kerjanya selama ini.
Beliau juga tidak pernah peduli dengan label yang dilemparkan, malah lebih suka berdiam diri daripada menjawab tohmahan selain terus komited melaksanakan tugas yang diamanahkan.
"Tapi kalau ada pemimpin tertentu melabelkan saya pengkhianat, terserah kepada rakyat untuk menilainya, mereka telah matang dan bijaksana.
"Adakah cukup dengan label gelaran pengkhianat itu untuk menidakkan perkhidmatan saya ataupun komitmen saya terhadap warga Tanjung Bidara?," katanya.
Mas Ermieyati mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memberi saingan tiga penjuru di DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual pada 20 Nov ini.
Bekas peguam syariah yang juga Naib Srikandi Bersatu itu akan menentang calon 'heavyweight' dari Barisan Nasional, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan.
Ditanya sama ada beliau akan meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) setelah dipilih sebagai calon, Mas Ermieyati berkata beliau masih mampu membahagikan tugas bagi menunaikan tanggungjawab.
"Tiada peraturan yang memerlukan saya meletak jawatan sebagai timbalan menteri, setiap manusia diberi 24 jam, ia tentang bagaimana kita mengurus masa dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita.
"Kalau dah diberi tanggunjawab tapi tak nampak batang hidung pun tak guna juga, kalau saya dipilih sebagai wakil rakyat Tanjung Bidara, saya tahu bagaimana nak bahagikan tugas, ketika ini saya masih ada masa untuk berada di kawasan tiga empat kali seminggu," katanya.
Mas Ermieyati, 45, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah sebelum ini merupakan Ketua Puteri UMNO sebelum keluar daripada parti itu pada Julai 2018, dua bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan disahkan menjadi ahli Bersatu pada Disember 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Mas Ermieyati (dua, kanan) beramah mesra bersama penduduk setempat ketika bersarapan di Pengkalan Balak, Alor Gajah, 10 Nov, 2021. - Gambar fail BERNAMA
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Menara kawalan trafik udara dilapor kekurangan kakitangan semasa nahas pesawat
Kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara di Ronald Reagan Washington National Airport "tidak normal" semasa pelanggaran maut itu.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu.
Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).
Audit bebas terhadap HRD Corp langkah tepat kembalikan kepercayaan rakyat - PAC
Mas Ermieyati berkata, ia membuktikan Sim berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran.