KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II susulan rombakan Kabinet pada Selasa.
Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri pada 11 pagi.
Terdahulu, Amir Hamzah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Parlimen.
Kini, beliau merupakan teknokrat kedua di Kementerian Kewangan yang mempunyai latar belakang korporat selepas bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai CEO Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd dari 27 Feb, 2015 hingga 9 Mac, 2020.
Amir Hamzah menyertai KWSP -- dana pencen terbesar negara dari segi pengurusan aset -- sebagai CEO pada Mac 2021.
Sebelum bersama KWSP, beliau ialah Presiden dan CEO Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari April, 2019 hingga Februari, 2021.
Kerjaya Amir Hamzah bermula dengan Shell Group of Companies selama 10 tahun dengan pelbagai kapasiti di Malaysia, Singapura dan United Kingdom.
Beliau menyertai MISC Bhd pada 2000, dan memegang beberapa portfolio pengurusan kanan sebelum dilantik sebagai Presiden dan CEO pada Januari 2009.
Pada Jun 2010, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Bhd.
Pada Ogos 2012, Amir Hamzah menyertai Petronas Lubricants International sebagai Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan, serta pada masa sama berkhidmat sebagai Naib Presiden (VP) bagi Pemasaran Hiliran, dan seterusnya sebagai Naib Presiden Minyak Pelincir bagi Petronas Group.
Pada Mac 2016, beliau menyertai Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) untuk mengemudi syarikat penerima pelaburan, Icon Offshore Bhd sebagai Pengarah Urusan dan CEO.
Amir Hamzah kemudian dilantik sebagai CEO Themed Attractions Resorts and Hotel Sdn Bhd, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, sebelum menyertai TNB pada April 2019.
Kini, beliau juga Pengerusi Bukan Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd, dan juga menganggotai lembaga pengarah Sime Darby Plantation Bhd dan Sime Darby Oils International Ltd.
Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan (pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi) dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat.
Beliau juga telah menyertai Program Eksekutif Stanford di Stanford University dan Program Kelas Malam Kewangan Korporat di London Business School.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023

Amir Hamzah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Parlimen. - Bernama

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

Rombakan Kabinet kombinasi mantap perkukuh pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri dilihat kombinasi mantap yang akan memperkukuh lagi pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Kekal portfolio Kabinet, stok bekalan beras tempatan fokus utama Mohamad Sabu
Masalah kekurangan bekalan beras pada masa ini bukanlah disebabkan kerajaan terdahulu tetapi disebabkan harga beras import murah.

Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Rombakan Kabinet: Saya masih terkejut - Mohamed Khaled
Jawatan Menteri Pendidikan Tinggi akan diambil alih oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang setahun menjawat portfolio berkenaan.

Kabinet baharu kekal sehingga tamat penggal
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membolehkan tumpuan penuh diberikan kerajaan terhadap negara.

Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat
Ia susulan dua kementerian sebelum ini dipecahkan dan kewujudan satu portfolio baharu di Jabatan Perdana Menteri.

Dilantik Menteri Kewangan II, ini latar belakang Amir Hamzah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II susulan rombakan Kabinet pada Selasa.

Johari Abdul Ghani kembali jadi menteri, ini latar belakang beliau
Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu berikutan rombakan Kabinet pada Selasa.

Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.