Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin menzahirkan rasa terkilan, selepas menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin PKR yang mendakwa beliau melakukan kesalahan, ketika Kongress AMK tahun lepas.
Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh itu berkata beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
"Saya tidak pasti siapa yang dapat surat, saya pun tidak boleh nak cakap...pada saya yang dapat surat ini semua adalah anggota PKR. Saya sedang berhubung dengan rakan-rakan yang lain untuk mengenal pasti berapa ramai yang menerima surat ini.
"Saya perlu berbincang dengan rakan-rakan lain untuk melihat pertuduhan yang dikenakan Lembaga Disiplin terhadap saya dan rakan-rakan kerana kami diberi 14 hari untuk menjawab surat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di sini malam tadi.
Dalam Notis Tunjuk Sebab PKR bertarikh 20 Feb dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Displin PKR Datuk Ahmad Kasim itu, Dr Afif didakwa melakukan aktiviti sabotaj dengan mencetus dan/atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh Melaka pada 6 Dis tahun lepas, dengan tujuan untuk membatalkan kongres tersebut.
BACA: Pergaduhan hingga kepala pecah, AMK serah pada polis
BACA: Anwar mohon maaf, kesal atas kekecohan di Kongres AMK
Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang berkata ini adalah kali pertama perkara itu dibangkitkan malah sebelum ini tiada sebarang komunikasi, yang mengatakan beliau melakukan apa-apa kesalahan sejak dari kongres itu sehingga semalam.
Menurutnya, beliau tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan parti dan kehadirannya ke kongres itu hanya sebagai pemerhati, yang telah diberikan pelepasan oleh sekretariat parti.
"Jadi, saya diberi tuduhan oleh Lembaga Disiplin, saya pun tidak tahu apakah motifnya dan siapakah yang melakukan aduan... saya tidak tahu dan soalan ini harus ditujukan kepada parti dan Lembaga Disiplin parti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020

Dr Afif ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jersi Baharu pasukan Bola Sepak Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di George Town malam tadi. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.