KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Mereka ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang juga merupakan Ketua Bahagian UPKO Beaufort Datuk Nelson W. Angang dan Timbalan Bendahari Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Robert Lau Hui Yew.
Pelantikan Nelson merupakan lantikan baharu manakala Lau adalah lantikan semula yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk tempoh bermula hari ini hingga 15 Mei 2027.
Kedua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.
Sementara itu, Nur Jazlan dalam ucapannya berkata pelantikan kedua-dua Senator itu adalah sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka berdasarkan Perkara 45 Perenggan Dua Perlembagaan Persekutuan.
"Saya juga berharap mereka akan terus menyumbang untuk menjadikan Dewan Negara ini sebagai badan perundangan tertinggi negara.
"Selamat menggalas amanah dan menjalankan tugas kepada kedua-dua Yang Berhormat Senator yang sudah mengangkat sumpah hari ini," katanya.
Beliau berkata Dewan Negara ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai badan perundangan bukan sahaja untuk menjalankan peranan semak dan imbang kepada eksekutif tetapi juga kepada Dewan Rakyat.
"Oleh itu, tanggungjawab utama Dewan Yang Mulia ini mestilah dilaksanakan dengan mengemukakan idea, pendapat dan cadangan yang bebas daripada sebarang pengaruh peribadi dan politik dalam pemilihan rang undang-undang (RUU) atau petisyen.
"Saya juga ingin menegaskan penting bagi setiap Ahli Dewan Negara untuk sentiasa sediakan penyelidikan awal yang komprehensif apabila hendak berbahas dan membuat pertimbangan dalam setiap aturan dan urusan Dewan Negara. Perbahasan Ahli Dewan Negara memainkan peranan penting dalam menilai RUU dan usul dibawa dari Dewan Rakyat," katanya.
Beliau berkata platform media massa perlu digunakan dengan berkesan kerana rakyat wajar mengetahui kandungan bahan perbahasan Ahli Dewan Negara sekali gus mencerminkan kelayakan lantikan masing-masing yang sejajar dengan pengalaman, kepakaran dan profesionalisme mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Pelantikan Nelson (kiri) merupakan lantikan baharu manakala Lau (kanan) adalah lantikan semula yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk tempoh bermula hari ini hingga 15 Mei 2027.
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa d Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
5.4 juta terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025
5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Cadangan berkaitan definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 sedang diperhalusi dan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.