KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib menafikan dakwaan mereka keluar Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Khabar angin itu timbul tidak lama selepas Amanah mengesahkan ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar sudah keluar Amanah dan menyertai PKR.
“Tak betul itu (dakwaan sertai PKR). Tadi ada orang hantar kepada saya nombor keahlian (dalam PKR), saya memang tidak pernah isi apa-apa borang atau bagi maklumat diri untuk menyertai PKR dan itu memang tidak betul.
“Saya nafikan keahlian tersebut dan masih setia dengan parti saya,” kata Hasnul seperti dilaporkan Malaysiakini.
Dalam pada itu, Saari turut menolak dakwaan tersebut dan berkata tiada sebab untuk dia keluar parti dan kemudiannya masuk ke dalam parti gabungan sama.
BACA: ADUN Meru keluar Amanah, sertai PKR
“Saya nafikan. Buat apa nak lompat parti sesama kawan (gabungan),” katanya.
Terdahulu, Amanah Selangor dalam satu kenyataan sebelum itu mengesahkan Mohd Fakhrulrazi bukan lagi ahli parti itu.
Begitupun, beliau berkata tidak mengisytiharkan keluar parti sebaliknya perkara itu diumumkan Amanah sendiri dan mengatakan tidak menerima sebarang notis dan hanya mendapat tahu mengenai hal itu melalui media sosial.
“Tak tahu. No comment. Sekarang lebih kepada fokus nak kerja sebagai ADUN, sebab rakyat yang pilih. Saya kena selesaikan mandat itu.
“Nanti saya akan jelaskan bila sampai masa,” katanya lagi.
Ketika ditanya adakah dia sudah menyertai PKR, Mohd Fakhrulrazi enggan mengulas dan menjawab akan memberi penjelasan apabila “sampai masa”.
Ridauddin Daud
Mon Nov 16 2020

ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib menafikan khabar angin mereka keluar dari Parti Amanah Negara. - Foto Astro AWANI
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

DUN Mahkota: Pemilihan calon akan diputuskan pemimpin peringkat nasional - Mohamad
Keputusan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diputuskan pemimpin parti di peringkat nasional, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu.

Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu
Barisan kepimpinan baharu akan membantu mantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang.

AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.

Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan
Pusat yang beroperasi 24 jam itu memerlukan segera beberapa barangan keperluan seperti lampin pakai buang, air mineral dan selimut.

Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan
Datuk Seri Mohamad Sabu kekal menjawat jawatan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) untuk penggal ketiga.

'Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi'
Khalid memberi peringatan itu selepas meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir ahli yang membuat kritikan terbuka termasuk isu dalaman parti.

Amanah lulus empat usul, termasuk budaya takfiri, fitnah
Kesemua usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan yang hadir.

Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan
Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti Mohamad Sabu.

Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.