IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dekat sini kecoh seketika apabila Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang membangkitkan soal sekuriti makanan di negeri ini, pada Selasa.
Ia berlaku ketika Ketua Pembangkang, Razman Zakaria meminta kerajaan negeri menyelesaikan masalah bekalan daging yang didakwa Kadar Sara Diri (SSR) bagi bahan mentah itu rendah walaupun Perak mempunyai padang ragut yang luas.
Razman (PN-Gunung Semanggol) juga meminta agar kerajaan negeri dapat memperkasakan lagi sektor sekuriti makanan termasuk menaik taraf sistem pengairan sawah padi terutama di Daerah Kerian.
“Saya minta agar kerajaan negeri dapat selesaikan hal pengairan (sumber air ke sawah padi) ini supaya kita dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi.
“Selain itu saya juga minta untuk kerajaan negeri dapat meningkatkan bekalan daging. Agak malang kita ada padang ragut yang luas tetapi SSR untuk menampung bekalan rakyat hanya 13 peratus sahaja.
“Hulu Kinta (Muhamad Arafat Varisai Mahamad) kan, lembu banyak berkeliaran di Tanjung Rambutan tetapi hanya 13 peratus sahaja SSR. Sengaja saya nak usik beliau, kerana tidak bawa ayam hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kada pada sesi Perbahasan Belanjawan Perak 2023 di sini pada Selasa.
Muhamad Arafat kemudian bangun mencelah dengan meminta penjelasan agar Razman dapat memberitahu apakah usaha yang telah dilakukan beliau sewaktu menjawat jawatan Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Negeri sebelum ini.
Walaupun Razman telah memberi jawapan namun, Muhamad Arafat mendakwa jawapan yang diberikan tidak tepat dengan pertanyaanya selain mendakwa Razman telah gagal ketika menjadi Exco berkenaan.
“Apa kejayaan Gunung Semanggol sewaktu menjadi Exco (dalam soal sekuriti makanan)? Tak nampak apa benda pun. Gunung Semanggol telah gagal sebagai Exco dan sekarang mahu gesa kerajaan buat itu, buat ini pula.
“Orang sudah ‘jual’ jadi, kita belilah. Gunung Semanggol hendak sangat, jadi Hulu Kinta bangunlah,” katanya.
Mohd Akmal Kamaruddin (PN-Selama) pula bangun mencelah, menyokong Razman dengan mendakwa wakil rakyat kerajaan ketika ini lebih gemar menuding jari kepada pentadbiran lama berhubung apa sahaja isu dibangkitkan pihak pembangkang.
“Sampai bila nak tanya apa kejayaan kerajaan dahulu, setiap kali kita timbulkan isu, semua hendak salahkan kerajaan terdahulu. Setiap kali ditimbulkan isu, semua nak salahkan wakil rakyat kerajaan dahulu.
“Patut okaylah kita tidak bawa telur (masuk ke dewan), dulu kamu bawa masuk daging ayam ke sini. Malulah dengan penjawat awam,” ujar Mohd Akmal.
Ketika ketegangan itu semakin hangat, Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kemudiannya meminta semua ADUN agar memberi ruang kepada Razman untuk meneruskan sesi perbahasan sekaligus dapat menjawab semua soalan yang dilontarkan.
Pada Persidangan DUN Perak Disember tahun lalu, Muhamad Arafat mencuri perhatian semua pihak apabila membawa daging ayam segar ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 Perak.
Ketika itu, Muhamad Arafat mendakwa bahan mentah itu telah dibeli di Gunung Semanggol sebagai ditujukan kepada Razman dengan mempersoalkan peranan Razman sebagai Exco bertanggungjawab dalam isu kenaikan harga ayam.
Amirrul Rabbani
Tue Dec 27 2022
Razman meminta kerajaan negeri menyelesaikan masalah bekalan daging yang didakwa Kadar Sara Diri (SSR) bagi bahan mentah itu rendah walaupun Perak mempunyai padang ragut yang luas. - Foto YouTube DUN Perak
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
DUN Perak: 'Sengaja saya hendak usik Hulu Kinta sebab beliau tidak bawa ayam hari ini' - Razman
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dekat sini kecoh seketika apabila Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang membangkitkan soal sekuriti makanan di negeri ini, pada Selasa.
ADUN Perak perlu isytihar harta
Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta mereka, harta milik pasangan masing-masing, anak-anak dan akaun pemegang amanah, kepada Speaker DUN dalam masa tiga bulan selepas usul diluluskan.