KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Ia antara lain menggantikan terma Ketua Menteri kepada "Premier'.
Dalam sesi undian selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada petang Selasa,67 ADUN menyokong pindaan tersebut manakala enam Ahli Dewan Biasa tidak bersetuju.
Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, RUU berkenaan yang dibahaskan oleh 16 ADUN sebelum diluluskan.
" 67 menyokong, enam tidak sokong.
"Oleh itu, usul ini dipersetujui. Dewan kini akan memutuskan sehingga seluruh dewan mempertimbangkan rang undang-undang yang komited kepada jawatankuasa itu," umum Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohammad Asfia Awang Nassar sejurus selepas undian.
Turut dipinda di bawah RUU berkenaan adalah Perkara 7A bagi menggantikan jawatan ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri.’
Terdahulu pindaan untuk dicadangkan untuk menamakan semula terma Ketua Menteri kepada ‘Premier’ bagi menghormati Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 Akta A1642 yang telah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa 11 Februari lalu.
Pindaan Akta A1642 itu juga merangkumi pindaan Perkara 1(2), 161A (6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan yang juga selaras dengan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana Sarawak bersetuju untuk membentuk Malaysia antara Persekutuan Malaya, dan Sabah.
Bagaimanapun, ia perlu dipersembahkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebelum diwartakan.
Astro Awani
Tue Feb 15 2022
Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengumumkan RUU berkenaan diluluskan selepas menerima 67 undi menyokong, sementara enam lagi membantah. - Foto UKAS
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar
Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diberitahu bahawa Sarawak akan terus berusaha ke arah menjayakan agenda menambah bilangan wakil rakyatnya di Parlimen.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Upacara penghormatan terakhir untuk orang ramai akan berlangsung selama empat jam setengah bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari
Ia memberi sumber pendapatan baharu kepada pemilik rumah dan tiada lesen diperlukan untuk pemasangan panel dengan kapasiti sehingga 50KW.
Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras
Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.