Seorang pengaturcara sistem yang berasal dari Subang Jaya dicekup polis Sarawak pagi tadi susulan insiden serangan siber ketika proses e-undi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat di Cabang Julau, semalam.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu.
"Terlebih dahulu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak semalam telah menerima satu laporan polis yang dibuat exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, berhubung isu itu.
"Siasatan kemudian dijalankan di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan komputer.
"Kesalahan ini jika disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Menurut Mustafa Kamal Gani, kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.30 petang semalam di Kompleks Sukan Julau Sarawak.
"Pengadu pada waktu itu melihat salah seorang petugas Jawantankuasa Pemilihan Parti JPP yang dikenal pasti sebagai suspek sedang memeriksa tablet satu persatu.
"Pengadu kemudian dimaklumkan bahawa Sistem e-Undi telah digodam oleh Malware Prey.
"Pengadu mengesyaki suspek dan meminta siasatan dijalankan oleh polis untuk mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat.
Turut dirampas satu unit komputer riba, iPad, dua unit iPhone dan lima pendrive.
Suspek kini disiasat di Sibu.
"Sekiranya siasatan dapat diselesaikan terhadapnya, dia akan dibebaskan dengan jaminan polis. Sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, permohonan reman 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dipohon," katanya lagi.
Rohana Wahed
Sun Nov 11 2018
![E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530004789_handcuff.jpg)
Suspek lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu. -Gambar hiasan
![AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024 AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733218742_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
![48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM 48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739371731_RusminiKuAhmad.jpg)
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
![Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739394985_Botnelayan.jpg)
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
![Perlu definisi jelas 'keselamatan siber' dalam penggubalan rang undang-undang Perlu definisi jelas 'keselamatan siber' dalam penggubalan rang undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686910057_SirajJaliL.jpg)
Perlu definisi jelas 'keselamatan siber' dalam penggubalan rang undang-undang
Aspek keselamatan dan jenayah siber turut merentasi penggunaan platform media sosial dan soal integriti.
![Laman web UM digodam: Polis terima satu laporan Laman web UM digodam: Polis terima satu laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571544294_TBPCPOLIS.jpg)
Laman web UM digodam: Polis terima satu laporan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan dibuat oleh Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UM pada jam 1.15 pagi, pada Sabtu.
![E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530004789_handcuff.jpg)
E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu
Suspek lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu.