SEREMBAN: Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith dilantik sebagai Penasihat Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan.
Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat PN negeri yang diadakan kali pertama tahun ini baru-baru ini.
Menurutnya, mesyuarat juga bersetuju penyusunan semula Ketua-Ketua PN kawasan dengan membuat perubahan di beberapa kawasan.
"Selain itu mesyuarat juga telah membuat ketetapan melantik Naib Pengerusi daripada setiap parti gabungan itu.
"Muhammad Noraffendy Mohd Salleh dilantik sebagai Setiausaha dan Zaharuddin Baba Samion sebagai Ketua Penerangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, Danni Rais dilantik sebagai Ketua Pemuda manakala Masita Mohd Ali diberi tanggungjawab sebagai Ketua Wanita.
Sementara itu katanya, PN Negeri Sembilan juga bersetuju melantik Penyelaras-Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan berdasarkan formula pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
"Pelantikannya akan diputuskan kepimpinan dan pelantikan wakil penyelaras di setiap kampung berdasarkan DUN terlibat juga akan dilaksanakan.
"Bagi tujuan semak dan imbang, mesyuarat juga bersetuju mewujudkan portfolio berdasarkan Exco kerajaan negeri dan mewujudkan sekretariat DUN," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 17 2024

Mohamad Hanifah (dua, kiri) menyerahkan sijil pelantikan kepada Muhammad Noraffendy yang dilantik sebagai Setiausaha PN Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Eddin Syazlee dilantik Penasihat PN Negeri Sembilan
Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat PN negeri yang diadakan kali pertama tahun ini baru-baru ini.