GEORGE TOWN: Kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang, yang gagal menghalang usul pengosongan kerusi yang disandang, tetap akan hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini.
ADUN Seberang Jaya Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan.
"Kami akan hadir bagi mempertahankan kedudukan kami ketika perbahasan usul itu, khususnya berkenaan kelompangan yang terdapat dalam Akta 14A, Fasa 1 Perlembagaan Pulau Pinang. Akta itu tidak memberi kuasa kepada Speaker bagi membolehkan sesebuah kerusi dikosongkan, selain definisi tindakan melompat parti yang tidak jelas.
"Apa yang dilakukan kerajaan negeri ialah mereka mahu merampas mandat yang sudah ditentukan rakyat, menerusi usul mengosongkan kerusi DUN dan mereka sesuka hati mahu menentukan siapa yang sepatutnya berada di dewan (DUN), sedangkan yang memilih kami adalah rakyat (pengundi)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tiga lagi ADUN yang berkenaan ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018.
Sebelum ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata sidang DUN yang dijadual Isnin ini, akan membentangkan satu usul bagi tujuan pengosongan empat kerusi DUN berkenaan, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kesahihan klausa dan perkara di dalam Perlembagaan negeri yang melarang wakil rakyat melompat parti.
Ia susulan keputusan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu yang memutuskan peruntukan di bawah Enakmen Anti Lompat parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

ADUN Seberang Jaya Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan. - Gambar fail/BERNAMA
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

Empat ADUN PN di P.Pinang tetap hadir persidangan DUN Isnin ini
ADUN Seberang Jaya Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan.