GEORGE TOWN: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang diarah meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selepas usul pengosongan empat kerusi DUN diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Mereka adalah ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).
Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang mengumumkan keputusan tersebut selepas usul yang dikemukakan ADUN Pinang Tunggal, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mendapat sokongan majoriti ADUN selepas ia dibahaskan 12 wakil rakyat.
Persetujuan usul tersebut dibuat menerusi pungutan suara dimana suara yang menyatakan persetujuan lebih ramai dan kuat berbanding tidak.
"Pengisytiharan tersebut diluluskan yang Dipertua Dewan Undangan negeri menurut fasal 14(A)(4) Perlembagaan Pulau Pinang, hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa telah berlaku kekosongan kerusi dan bahawa Dewan ini mengambil maklum mengenai usul di bawah fasal (5) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bahawa satu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang dari dua tahun, dipersetujui. Ahli yang bersetuju lebih ramai maka Dewan memohon supaya empat ADUN terlibat mengosongkan kerusi dan meninggalkan Dewan Persidangan sekarang," katanya pada persidangan Dewan hari ini.
Susulan arahan itu, keempat-empat mereka kemudiannya meninggalkan bangunan DUN kira-kira jam 1 tengah hari.
Dengan keputusan itu juga, DUN Pulau Pinang ketika ini hanya memiliki seorang ADUN pembangkang iaitu ADUN Pas, Mohd. Yusni Mat Piah.
Terdahulu keempat-empat ADUN berkenaan mempertahankan kedudukan masing-masing ketika perbahasan usul itu khususnya berkenaan kelompangan yang terdapat dalam akta tersebut.
Keempat- empat ADUN berkenaan menyifatkan usul pengosongan kerusi yang diwakili mereka dibuat secara tergesa-gesa meskipun umum mengetahui tarikh pembubaran DUN akan berakhir Mei ini.
Selain itu mereka juga mendakwa usul tersebut juga adalah cubaan untuk 'menghalau' mereka daripada DUN untuk terus menunaikan tanggungjawab kepada pengundi di kawasan masing-masing.
Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sidang DUN yang dijadual hari ini akan membentangkan satu usul bagi tujuan pengosongan empat kerusi DUN berkenaan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kesahihan klausa-klausa dan perkara-perkara di dalam Perlembagaan negeri yang melarang wakil rakyat melompat parti.
Ia berikutan keputusan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu yang memutuskan peruntukan di bawah Enakmen Anti Lompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
Mahkamah Persekutuan juga memutuskan Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak terbatal kerana ia selaras dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 14(A) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Mar 06 2023
![Empat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi Empat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678089968_ADUN.jpg)
(Dari kiri) Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang), Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh) dan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) yang diarah keluar meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tengah hari tadi. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739245239_pukulanak.jpg)
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin ditahan di bilik sewanya sekitar pukul 11.30 malam tadi.
AWANI Pagi: Dari Kimia ke Komuniti: Inspirasi Wanita dalam STEM
Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains disambut pada 11 Februari setiap tahun. #AWANIPagi membawakan kisah inspirasi Prof. Madya Chm Dr. Noraini Ahmad, yang bukan sahaja merupakan seorang pakar kimia malah kini Pengarah, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
![Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737155315_TBDonaldTrump.jpg)
Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House
Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.
![Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739243135_NorainiAhmad.jpg)
Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.
![Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737007640_TBDONALDTRUMP.jpg)
Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel
Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Februari 2025
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
ASEAN Kita: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? Join us as we explore the core pillars of ASEAN, political-security, economic, and socio-cultural transformation with Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin. Gain insights into regional security dynamics, economic cooperation, and the evolving role of ASEAN in a shifting global landscape.
![Bekas pegawai khas ADUN DAP P. Pinang cabul wanita dipenjara tiga tahun Bekas pegawai khas ADUN DAP P. Pinang cabul wanita dipenjara tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81573557184_cabul.jpg)
Bekas pegawai khas ADUN DAP P. Pinang cabul wanita dipenjara tiga tahun
Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati L. Prem Anand, 52, bersalah mencabul wanita berusia 21 tahun berkenaan.