KOTA KINABALU: Empat lagi parti tempatan di Sabah menyatakan hasrat untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama lima parti yang telah membentuk gabungan itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah itu berkata permohonan daripada kesemua parti berkenaan akan dibincang dan dipertimbang dalam GRS sebelum membuat keputusan.
Bagaimanapun beliau tidak menamakan parti tersebut.
"Ini bermakna bahawa apa yang kita (GRS) lakukan selama ini sejak mendapat mandat rakyat (Pilihan Raya Negeri) telah memikat hati kawan-kawan lain daripada parti yang lain (mahu sertai GRS).
"Kalau tidak, mereka (parti) tidak akan memohon untuk sertai GRS, mungkin inilah yang dikehendaki oleh rakyat ingin melihat satu gabungan yang kuat untuk memerintah Sabah di masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama Armada Bersatu Sabah di sini malam tadi.
Hajiji berkata GRS adalah parti yang sentiasa mahu mewujudkan keharmonian dalam kalangan parti komponen gabungan itu yang bersama-sama memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.
GRS dianggotai lima parti iaitu Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), selain membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir kerajaan Sabah.
Sebelum ini dilaporkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) telah memohon menyertai GRS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Hajiji (duduk di kerusi, tengah) hadir pada majlis makan malam bersama Armada Bersatu Sabah di Kota Kinabalu malam tadi. - Facebook Hajiji Haji Noor
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: 85% tidak terkesan kenaikan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serpihan pesawat American Airlines dibawa keluar dari Sungai Potomac
Sebahagian besar serpihan badan pesawat American Eagle yang terhempas selepas perlanggaran udara dengan helikopter Black Hawk di Washington, DC berjaya dikeluarkan dari Sungai Potomac.
Apakah langkah kerajaan menangani krisis demografik? - Mohd Shahar
Ahli Parlimen Paya Besar berkongsi kebimbangan akan datang wujud krisis demografik disebabkan kesihatan mental wanita yang semakin merosot dan wujud golongan yang menyokong child-free.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Soon Huat-Shevon berlatih di ABM
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan menyertai kem latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak petang ini terus berkurangan, manakala beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Lori muatan pasir terbabas, pemandu warga emas maut
Seorang lelaki warga emas maut apabila lori muatan pasir yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kampung Menggaris, di sini pada Sabtu.
Pos Felda Selatan bernilai RM1.8 juta tingkat keselamatan di sempadan Sabah
Pewujudan Pos Imbangan Tentera Felda Selatan bernilai RM1.8 juta yang siap pada 27 Sept lepas dijangka mampu meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara di Sabah.
Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.