KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dijangka akan mempertahankan kerusinya di Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.
Perkara itu dinyatakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok di sebuah hotel di Kuching pada Isnin malam.
Tanpa berselindung, beliau menyatakan keyakinan terhadap Ahli Parlimen Petra Jaya untuk mengekalkan kemenangan di kerusi tradisi PBB itu.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata pihaknya berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 lalu.
“Kita akan meletakkan calon di semua 31 kerusi parlimen, Fadillah sudah sah (akan bertanding).
“Kita mahu memastikan bahawa GPS akan menjadikan Sarawak sebagai negeri yang mempunyai kestabilan politik,” katanya.
Untuk rekod, Fadillah yang juga Ketua Whip GPS telah mewakili Petra Jaya selama empat penggal sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada PRU11 tahun 2004.
Pada 2008, Fadillah menang dalam PRU12 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa kerajaan pimpinan Tun Abdullah Badawi.
Kemudian beliau menggalas portfolio menteri penuh, Menteri Kerja Raya pada 2013 selepas memenangi kerusi sama pada PRU13.
Bagaimanapun Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU14, walaupun Fadillah berjaya mengekalkan rekod cemerlang Petra Jaya.
Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Whip GPS di Dewan Rakyat selepas empat komponen, PBB, SUPP, PRS dan PDP bersetuju keluar dari BN.
Shafik Ahmad
Mon May 16 2022
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan bahawa Datuk Seri Fadillah Yusuf dijangka akan mempertahankan kerusinya di Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak. - Gambar Astro AWANI
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Pemilih Jepun keluar mengundi pada Ahad untuk pilihan raya awal
Terdapat lebih 45,000 pusat pengundian di seluruh negara untuk lebih 105 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.
Presiden Sri Lanka bubar Parlimen, umum pilihan raya pada 14 Nov
Presiden Sri Lanka membubarkan Parlimen pada lewat Selasa dan mengumumkan pilihan raya umum bakal berlangsung pada 14 Nov.
Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Masih terlalu awal buat kesimpulan BN bergerak solo - Mohamad Hasan
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRU akan datang lebih sukar buat UMNO - Mohamad
Katanya, kumpulan tersebut mampu menewaskan pelbagai dasar kerajaan dengan hanya serangan yang dipaparkan di skrin media sosial mereka.
PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja
Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.