KUALA LUMPUR: Meraih sokongan orang muda merupakan antara usaha yang akan dilakukan sekiranya dipilih sebagai ketua sayap pemuda PKR, kata calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Zainol.
Selain itu, Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
Salam satu teras yang saya tawarkan sekiranya dipilih sebagai Ketua AMK adalah memantapkan, memperkasakan organisasi AMK itu sendiri.
"Saya akan buat proses pengkaderasisasi, menjadikan Negeri Sembilan sebagai pengkalan di selatan, Selangor di tengah dan Pulau Pinang di utara.
"Melatih kawan-kawan AMK nilai-nilai reformasi dan kita mahu melihat ekonomi AMK iaitu bagaimana zaman kami ini menjadi pencetus ekonomi untuk menjana dana pergerakan AMK.
"Selain itu kita lihat bagaimana Ayuh Malaysia yang digerakkan itu akan dapat menjadikan AMK sebagai platform menarik sokongan golongan muda khususnya golongan undi 18," katanya ketika sesi debat Ketua AMK yang disiarkan di Astro AWANI.
Menyentuh usaha yang akan digerakkan sekirang terpilih mengetuai AMK, Fahmi menjelaskan beliau akan berusaha untuk memenangi hati rakyat terutama golongan muda.
Katanya, PKR perlu menyakinkan rakyat yang sedang menghadapi kelesuan politik untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Fahmi berkata, untuk mencapai hasrat tersebut PKR memerlukan strategi yang boleh menarik sokongan orang muda yang dilihat bosan dengan kerenah orang politik.
"Menuju PRU15, kelesuan dalam politik khususnya anak muda semakin besar dan kerana itu, kita perlu mengenepikan sentimen orang-orang muda dan orang luar yang menganggap orang politik ini tidak boleh pakai.
"Disebabkan itu kami pasukan Ayuh Anak Muda, kita bergerak sejajar dengan kempen salah seorang calon timbalan presiden menerusi platform Ayuh Malaysia.
"Kita menawarkan lima teras yang mana antara usahanya ialah kita berusaha untuk bekerjasama dengan lebih ramai sukarelawan untuk berada dalam kempen perubahan ini," katanya lagi.
Fahmi ‘melakar’ nama sejak menuntut di Universiti Malaya (UM), mula menjadi perhatian pada 2014 apabila menentang larangan pentadbir terhadap penganjuran satu majlis ceramah bersama Anwar di universiti itu.
Susulan itu, dia dan tujuh rakannya yang terlibat digantung pengajian, lantas mencetuskan Gerakan ‘Occupy UM’ sebagai langkah mendesak universiti untuk menarik semula hukuman yang dijatuhkan kepada mereka.
Fahmi menyertai PKR pada 2015 dan dilantik menjadi Pengerusi Biro Pelajar parti itu, sebelum diberi tanggungjawab untuk memimpin pemuda PKR di Pulau Pinang hingga hari ini.
Astro Awani
Tue May 10 2022
![Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652192120_fahmizainol.jpg)
Fahmi menjelaskan beliau akan berusaha untuk memenangi hati rakyat terutama golongan muda. - Gambar FB Fahmi Zainol
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa.
SPRM masih siasat kes ahli politik dan safe house RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes melibatkan seorang ahli politik terkemuka yang dikaitkan dengan sebuah "safe house", di mana sejumlah RM5 juta disimpan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
![ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739938848_TBJDT.jpg)
ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.
![Pengusaha ladang ayam diberi tempoh hingga 31 Dis tukar sistem reban tertutup Pengusaha ladang ayam diberi tempoh hingga 31 Dis tukar sistem reban tertutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917082_TBunggas.jpg)
Pengusaha ladang ayam diberi tempoh hingga 31 Dis tukar sistem reban tertutup
Sistem moden itu bukan sahaja berupaya mengurangkan isu pencemaran malah membantu penternak meningkatkan produktiviti.
![Dakwaan warga asing kuasai rantaian bekalan sayur di Pulau Pinang tidak benar - Exco Dakwaan warga asing kuasai rantaian bekalan sayur di Pulau Pinang tidak benar - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711166970_FAHMIZAINOL.jpg)
Dakwaan warga asing kuasai rantaian bekalan sayur di Pulau Pinang tidak benar - Exco
Kerajaan Pulau Pinang akan menyiasat aduan berhubung pendatang asing mengusahakan kebun sayur secara haram.
![Pencemaran: Ladang ternakan babi di Sungai Lembu diarah tutup - Fahmi Zainol Pencemaran: Ladang ternakan babi di Sungai Lembu diarah tutup - Fahmi Zainol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708238890_Ladangbabi.jpg)
Pencemaran: Ladang ternakan babi di Sungai Lembu diarah tutup - Fahmi Zainol
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang mengarahkan sebuah ladang ternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, di Bukit Mertajam ditutup.
![Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675039656_FahmiZainol.jpg)
Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.
![Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652192120_fahmizainol.jpg)
Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
![Adam Adli atau Fahmi Zainol? Debat Ketua AMK 8.30 malam ini Adam Adli atau Fahmi Zainol? Debat Ketua AMK 8.30 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652173012_DebatAMK.jpg)
Adam Adli atau Fahmi Zainol? Debat Ketua AMK 8.30 malam ini
Kedua-duanya aktivis muda yang lantang dan agresif, kedua-duanya punyai matlamat sama untuk memimpin AMK membantu PKR menuju PRU15.
![Debat Pemilihan PKR: Adam Adli, Fahmi Zainol berdebat 10 Mei ini Debat Pemilihan PKR: Adam Adli, Fahmi Zainol berdebat 10 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651722958_TBMASHADAMADLI.jpg)
Debat Pemilihan PKR: Adam Adli, Fahmi Zainol berdebat 10 Mei ini
Muda, lantang bersuara adalah persepsi umum kepada mereka namun mampukah buah fikiran dan kata-kata itu diterjemah sebaiknya di pentas?
![#5Tahun2020: Malaysia negara yang belum matang demokrasi - Fahmi Zainol #5Tahun2020: Malaysia negara yang belum matang demokrasi - Fahmi Zainol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51414805481_295x200.jpg)
#5Tahun2020: Malaysia negara yang belum matang demokrasi - Fahmi Zainol
Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasinya belum matang lagi, tetapi ia masih mempunyai ruang dan peluang untuk mencapainya, kata Fahmi Zainol.
![Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal? Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/81418365979_295x200.jpg)
Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal?
12 Disember merupakan hari ketiga mahasiswa Universiti Malaya (UM) berhimpun membuat protes duduk bantah Occupy UM8 yang menuntut pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap kumpulan UM8.
![Mahasiswa UM mula 'occupy' kampus tanda sokong Fahmi Zainol Mahasiswa UM mula 'occupy' kampus tanda sokong Fahmi Zainol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/81418219844_120x90.jpg)
Mahasiswa UM mula 'occupy' kampus tanda sokong Fahmi Zainol
Beberapa mahasiswa Universiti Malaya 'berkhemah' di kampus sebagai tanda sokongan terhadap Fahmi Zainol yang digantung pengajian.