BUKIT MERTAJAM: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menghantar notis tuntutan kepada Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin berikutan kenyataan fitnah kononnya Pejabat Perdana Menteri (PMO) sudah menjadi lubuk korupsi.
Menurutnya, hantaran yang dibuat oleh seteru politiknya itu langsung tidak berasas, berniat jahat dan mahu mencemarkan nama baik PMO.
Beliau berkata, hantaran Facebook oleh seorang pengguna aplikasi Facebook yang dimuat naik pada 5 Januari dengan ketetapan akses kepada umum sangat tidak bertanggungjawab malah tidak disokong dengan sebarang bukti.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan tohmahan jahat yang telah dibuat ke atas diri saya dan Pejabat Perdana Menteri.
"Kita alu-alukan sebarang pandangan dan kritikan, namun ia tidak boleh dibuat dalam bentuk cemuhan dan juga fitnah serta tuduhan tidak berasas. Saya harap pihak bertanggungjawab boleh jalankan siasatan dan segara mengambil tindakan berikutan apa yang diceritakan itu tidak mempunyai sebarang asas, dokumen dan ia hanya sekadar rekaan untuk memburukkan imej saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.
Sebelum itu, Shamsul Iskandar tampil membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya selain turut membuat laporan secara dalam talian kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berikutan hantaran dibuat Badrul Hisham atau lebih dikenali Che'GuBard.
Dalam hantaran itu, Che'GuBard mendakwa sedang menyusun dokumen bukti mengenai penyelewengan dana NGO yang diagih oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
Beliau mendakwa Shamsul Iskandar melalui staf dan proksinya menyusun rakan-rakan politik mereka untuk agih dana bantuan NGO termasuk agihan bakul makanan serta sebagainya.
Jelasnya, semua penyelewengan itu akan didedahkan pada 8 Januari depan termasuk menyerahkan segala bukti kepada pihak berkuasa.
Susulan hantaran yang dibuat Che'GuBard itu, Shamsul Iskandar berkata, beliau mahu pihak polis dan SKMM mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit berikutan provokasi yang dibuat.
"Kalau ada bukti sila kemukakan kepada pihak-pihak yang mempunyai kuasa, kalau ada penyelewengan sila laporan kepada SPRM, rasuah juga SPRM dan tak perlu buat hantaran yang hanya mengundang keresahan rakyat.
"Memang dalam negara demokrasi ini sesiapa sahaja boleh mengkritik namun bukan dengan cara fitnah...Tindakan tegas ini akan beri pengajaran kepada pihak pembangkang agar tidak keterlaluan untuk merosakkan imej orang lain dengan sewenang-wenangnya mereka cerita," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 06 2024
Shamsul Iskandar (dua dari kiri) menunjukkan laporan yang dibuatnya di Balai Polis Seberang Jaya pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Dakwaan lebih 100,000 mangsa banjir belum terima bantuan perlu disiasat - Shamsul Iskandar
Agensi berkaitan pengurusan bencana digesa menyiasat segera dakwaan terdapat mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan sepatutnya.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
PM Anwar hulur sumbangan RM500 kepada 202 keluarga mangsa banjir di Pulau Pinang
Perdana Menteri menyalurkan sumbangan bantuan khas RM500 kepada 202 Ketua Isi Rumah yang terjejas akibat bencana banjir di Pulau Pinang.
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
PM sumbang RM270,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha
Setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk aktiviti kariah masing-masing bersempena dengan sambutan hari raya korban.
Perdana Menteri salur sumbangan RM40,000 kepada waris keluarga mangsa kemalangan bas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM40,000 kepada waris keluarga empat individu yang meninggal dunia terbabit dalam kemalangan bas di Jalan Kuantan-Seg
Sambutan Aidilfitri MADANI platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat
Enam negeri yang akan menganjurkan Aidilfitri MADANI adalah Johor, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar akan menghantar notis tuntutan kepada Che'GuBard berhubung fitnah kononnya PMO sudah menjadi lubuk korupsi.
Program 'Suara Anak MADANI' temui penonton mulai 7 Dis
Program 20 episod itu akan disiarkan di platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
PKR kecam kejahatan, hipokrasi Israel, AS dan sekutu
PKR mengecam kejahatan dan hipokrasi Israel, AS dan sekutu mereka termasuk Kesatuan Eropah susulan pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di utara Gaza oleh Rejim Zionis Israel.