SHAH ALAM: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor dijangka akan mengumumkan senarai calon dan tawaran manifesto pada 25 atau 26 Julai ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata setakat ini senarai nama calon untuk kedua-dua gabungan itu masih dalam perbincangan dan dijangka dapat diputuskan beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon iaitu pada 29 Julai ini.
"Senarai calon belum muktamad. Kita tunggu 25 atau 26 Julai nanti (untuk pengumuman calon). Biasalah proses ini akan ada timbal balik, hitung dan kira semula.
Yang penting kami sepakat kebolehmenangan sebagai formula asas untuk kemenangan untuk meletakkan calon ini hatta dalam bab (agihan) kerusi," katanya dalam sidang media selepas Program Pemukiman Jentera Pilihan Raya Perpaduan Selangor di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi BN Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Dalam pada itu, Amirudin turut memberi jaminan bahawa tidak akan ada pertembungan kerusi antara PH dan BN Selangor dalam satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha mereka untuk meraih kemenangan PRN nanti.
Amirudin berkata masalah kekeliruan untuk mengundi calon mana tidak akan timbul kerana satu kawasan DUN hanya akan ditandingi oleh satu individu mewakili gabungan itu.
Sementara itu, Amirudin berkata program pemukiman yang dilaksanakan hari ini juga bertujuan untuk menyelaras gerak kerja pilihan raya kedua-dua parti supaya lebih tersusun di samping bersama-sama mencari kekuatan dalam menghadapi PRN.
Kedudukan semasa kerusi sebelum DUN dibubarkan pada 23 Jun ialah PH mempunyai 40 kerusi merangkumi PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), sementara BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala Pas, Pejuang dan Warisan, masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.
Kerusi Batang Kali pula diisytiharkan kosong pada Februari lepas, setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) yang juga Pengerusi PH Negeri Selangor mengadakan sidang akhbar pada majlis Pemukiman Jentera Pilihan Raya Perpaduan Selangor di SACC hari ini. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Gabungan PH dan BN Selangor bakal umum calon 25 atau 26 Julai ini - MB
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor dijangka akan mengumumkan senarai calon dan tawaran manifesto pada 25 atau 26 Julai ini.