KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sudah menerima secara rasmi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan Warisan yang keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat.
Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.
"Memanglah kita terima, itu hak mereka untuk menentukan pendirian dan masa depan politik mereka.
"Jadi bagi saya, kita mengalu-alukan penyertaan mereka kerana kita mahu memberi fokus kepada satu perpaduan yang jitu dan juga usaha memberi khidmat kepada rakyat terutama di kawasan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Bicara Pemimpin Muda bersama Ketua Menteri Sabah di Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu pada Isnin.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sokongan semula yang diberikan oleh Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, lima ADUN UMNO dan 10 ADUN Warisan telah keluar parti dan memberi sokongan kepada Hajiji.
Lima ADUN UMNO itu ialah, Datuk Yusof Yacob, (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk Hamid Awang (Balung), dan Datuk James Ratib (Sugut).
Manakala, ADUN Warisan pula ialah, Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Rina Jainal (Kukusan), Mohamad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor), Norazlina Arif (Kunak), Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas), George Hiew Vun Zin (Karamunting), dan Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik).
Mirlen Axtius
Mon Mar 06 2023

Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka. -Astro AWANI

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sabah Ke-17.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.

Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.