Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan pembabitannya dalam parti baharu bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas namanya tersenarai antara barisan kepemimpinan tertinggi parti itu yang menjadi viral melalui media sosial termasuk Facebook dan Twitter semalam.
"Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalam penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.
"Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional," kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baharu yang dikatakan bakal dibentuk Dr Mahathir antara lain menyenaraikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai presiden manakala bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai timbalannya.
Sementara naib presiden terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim; bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan sebagai bendahari dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memegang jawatan setiausaha agung.
Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi, yang turut dibarisi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim; bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.
Selain Abdul Gani, beberapa pemimpin lain termasuk Abdul Wahid, Ibrahim, Rafidah dan Khairuddin dilapor turut menafikan pembabitan mereka dalam parti itu dengan menyifatkan penyenaraian nama mereka sebagai sesuatu yang karut, palsu dan mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang kurang bijak serta berhati jahat.
Pada Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Bernama
Sun Jul 17 2016
![Gani Patail nafi terlibat dalam parti baharu ditubuh Dr Mahathir Gani Patail nafi terlibat dalam parti baharu ditubuh Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61438318253_AbdulGaniPatail.jpg)
GANI: Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan. - Gambar fail
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
![Akaun UMNO, parti politik dibekukan - Pasukan Petugas Khas 1MDB Akaun UMNO, parti politik dibekukan - Pasukan Petugas Khas 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71500883850_mdb.jpg)
Akaun UMNO, parti politik dibekukan - Pasukan Petugas Khas 1MDB
Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik.
![Mesyuarat pertama Pasukan Khas Siasatan 1MDB diadakan esok Mesyuarat pertama Pasukan Khas Siasatan 1MDB diadakan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526890839_SPRM.jpg)
Mesyuarat pertama Pasukan Khas Siasatan 1MDB diadakan esok
Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang dibentuk hari ini dijangka memulakan mesyuarat pertama esok.
![Gani Patail nafi terlibat dalam parti baharu ditubuh Dr Mahathir Gani Patail nafi terlibat dalam parti baharu ditubuh Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61438318253_AbdulGaniPatail.jpg)
Gani Patail nafi terlibat dalam parti baharu ditubuh Dr Mahathir
Bekas Peguam Negara itu berkata pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalam penubuhan parti baharu itu adalah palsu dan satu pembohongan.
![Saya ok, jalani dialisis tiga kali seminggu - Abdul Gani Saya ok, jalani dialisis tiga kali seminggu - Abdul Gani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446557274_rizalrashid.jpg)
Saya ok, jalani dialisis tiga kali seminggu - Abdul Gani
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selepas ditanya mengenai tahap kesihatannya oleh orang awam
![Rasuah: 'Jangan sampai kapal tenggelam' Rasuah: 'Jangan sampai kapal tenggelam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445067748_ZakariaJaffar.jpg)
Rasuah: 'Jangan sampai kapal tenggelam'
Kerja sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini kita sendiri yang pilih. Sebenarnya tugas sebagai pegawai SPRM ini amat berat.
!['Morais bukan calang-calang Pendakwaraya' - Adik 'Morais bukan calang-calang Pendakwaraya' - Adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441642891_KevinAnthonyMorais.jpg)
'Morais bukan calang-calang Pendakwaraya' - Adik
Berita kematian Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Kevin Anthony Morais disifatkan sebagai sesuatu yang merugikan, kata rakan sekerja, majikan dan ahli keluarganya.
![Pemecatan Gani Patail perlu dibuat secara sah, kata Gobind Singh Pemecatan Gani Patail perlu dibuat secara sah, kata Gobind Singh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438079070_AbdulGaniPatail.jpg)
Pemecatan Gani Patail perlu dibuat secara sah, kata Gobind Singh
Kerajaan perlu menjelaskan pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada jawatan Peguam Negara -- apakah dibuat secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.
![Kabinet dirombak, Peguam Negara diganti, siasatan PAC jadi tanda tanya Kabinet dirombak, Peguam Negara diganti, siasatan PAC jadi tanda tanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438071358_950x600.jpg)
Kabinet dirombak, Peguam Negara diganti, siasatan PAC jadi tanda tanya
Pelbagai persoalan timbul daripada rombakan Kabinet, penamatan perkhidmatan Peguam Negara dan kesannya ke atas hala tuju siasatan PAC ke atas 1MDB.
![Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436367098_KADIRJASIN.jpg)
Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia
Blogger terkenal Datuk A. Kadir Jasin berkata kontroversi yang dicetuskan oleh The Wall Street Journal merupakan ujian tekanan ke atas badan kehakiman negara.
![Akta Hasutan: Kenapa semak selepas tuduh? Akta Hasutan: Kenapa semak selepas tuduh?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/51376641010_295x200.jpg)
Akta Hasutan: Kenapa semak selepas tuduh?
Sesetengah pihak mempersoalkan kenapa Peguam Negara hendak menyemak semula kes Azmi Sharom dan beberapa kes lain yang tidak beliau namakan.