KUALA LUMPUR:Di sebalik kepayahan rakyat berdepan ancaman COVID-19 dan cabaran ekonomi, gencatan politik yang dilakukan oleh UMNO disifatkan bakal memberi satu perubahan kepada landskap politik negara.
Bagi rakyat, besar harapan mereka agar krisis politik yang melanda negara ketika ini dapat diselesaikan segera, sekali gus memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat.
Tinjauan Astro AWANI mendapati rata-rata rakyat menzahirkan rasa gembira terhadap tindakan positif yang diambil oleh parti terbesar Melayu itu.
Menurut peniaga, Muhamad Akram Mohd Sulasi, 27 tahun, perdamaian dalam kalangan ahli politik telah mengurangkan sedikit keluh-kesah rakyat.
"Bagi saya kalau itu yang mereka katakan (gencatan politik) lebih baguslah. Kalau boleh jangan ada pertelingkahan dari segi politik.
"Politik boleh membuatkan rakyat bimbang kerana itu melibatkan ekonomi. Jadi, harap dalam hal ini, fokus kepada ekonomi dan rakyat paling penting khususnya dalam situasi pandemik COVID-19," katanya kepada Astro AWANI, pada Khamis.
Selain itu, mereka yang ditemui turut berharap agar ahli politik lebih bertanggungjawab dan memastikan penderitaan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dapat diselesaikan.
Bagi, Siti Aznura Shahrin, 32 tahun, rakyat sudah bosan dengan sikap ahli politik yang sentiasa bercakaran dan bertelingkah merebut kuasa.
"Gembira dengan perubahan ini, harap kemelut dapat dikurangkan.
"Semoga menteri dan ahli politik semua dapat fokus kepada rakyat ketika COVID-19, dan dapat menyalurkan bantuan kepada rakyat yang dalam kesusahan. Jadi, jangan bergaduh, gila kuasa dan sebagainya. Fokus kepada rakyat yang susah," katanya.
BACA: UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional - Zahid Hamidi
Mohd Zulkarnain Roslee, 25 tahun, menambah: "Kepada menteri-menteri dan ahli politik, tolong kasihan kepada rakyat dan jangan bergaduh sesama sendiri. Semasa musim (COVID-19), kami memerlukan bantuan anda, dan tolong jangan berebut kuasa."
Sementara peniaga, Unni Neelagandan, 59 tahun, pula, berpandangan parti politik di negara ini tanpa mengira haluan perlu bersatu padu memulihkan ekonomi negara.
"Saya harap politik di negara kita bertenang dan berdamai. Jika semua sudah berdamai, saya amat sukacita tetapi sekarang ekonomi negara sedang merosot dan dilanda COVID-19.
"Jadi, negara kita sekarang ini kena bersatu untuk melawan COVID-19 dan ekonomi kita terutamanya peniaga-peniaga kecil yang sedang bergelut.
"Saya harap politik negara kita berdamai dan semua ketua (politik) serta pemimpin melihat rakyat di bawah," ujarnya.
BACA: 'Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid
Sejak beberapa bulan lalu, arena politik negara berada dalam ketidaktentuan sehingga mengundang rasa bimbang rakyat.
Malah, ia juga memberi impak kepada ekonomi ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 yang semakin meruncing.
BACA: DAP persoal gencatan politik oleh UMNO
Hasimi Muhamad
Thu Oct 22 2020

Bagi rakyat, besar harapan mereka agar krisis politik yang melanda negara ketika ini dapat diselesaikan segera, sekali gus memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat - Foto: Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.