KOTA KINABALU: Ahli UMNO khususnya generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan parti itu seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi membolehkan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata UMNO yang kini menjengah usia 77 tahun bukanlah sebuah parti yang lahir di jalanan tetapi daripada jerih perih pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan sehingga Malaysia menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.
"Sehingga kini, parti keramat ini masih mampu bertahan," katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata UMNO tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah tetapi mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang lahir 77 tahun lalu, ia tetap relevan dan menjadi parti pilihan rakyat.
"Kita mesti menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran kerana sehebat manapun kita, jika tidak mahu melakukan perubahan, kedudukan parti ini akan tergugat," katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Menurutnya, adalah menjadi keutamaan untuk memperkukuh gerakan parti itu di semua peringkat, selain memperkuat perpaduan ahli dan menterjemah jalinan kerjasama berpasukan antara semua pemimpin bagi memastikan slogan "UMNO dulu, kini dan selamanya" terus relevan.
Dalam konteks UMNO Sabah pula, Bung Moktar berkata parti yang sudah bertapak selama 33 tahun di Negeri di Bawah Bayu itu telah memberi khidmat terbaik dengan membawa banyak pembangunan dan pembaharuan ke arah kemajuan demi manfaat rakyatnya.
"Selama tempoh 28 tahun menjadi kerajaan di Sabah, banyak pembangunan untuk kesejahteraan rakyat telah UMNO perjuangkan, tiada siapa boleh menafikannya" kata Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan itu.
Bung Moktar juga berkata UMNO Sabah yakin sokongan akar umbi masih kukuh dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti itu di Sabah meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk segelintir pemimpinnya bersikap seperti 'gunting dalam lipatan'.
"Tindakan mereka sedikit pun tidak menggugat kekuatan UMNO Sabah," tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Bung Moktar berkata UMNO yang kini menjengah usia 77 tahun bukanlah sebuah parti yang lahir di jalanan tetapi daripada jerih perih pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. - Fail/BERNAMA

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.

Tidak wujud perpecahan dalam UMNO Sabah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan kononnya wujud perpecahan dalam parti itu di Sabah terutama dalam kalangan pemimpinnya.

UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.

UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.

Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.

PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor
Sebagaimana yang diamanahkan oleh UMNO Pusat, tumpuan jentera UMNO Sabah adalah bagi membantu kempen di Selangor, kata Bung Moktar.

Generasi muda UMNO perlu sesuaikan diri dengan perubahan semasa - Bung Moktar
Ahli UMNO khususnya generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan parti itu seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi membolehkan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.

'Ahli UMNO jangan jadi gunting dalam lipatan'
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan demikian akan membunuh perjuangan parti di negeri itu.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.