GEORGE TOWN: Parti Gerakan sedang meneliti senarai 50 nama yang dikemukakan pengerusi parti itu di enam negeri untuk diangkat sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Presidennya Datuk Dominic Lau berkata kesemua bakal calon berkenaan perlu melalui tapisan dan penilaian teliti bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar layak dan mampu memberi kemenangan.
Beliau berkata nama mereka yang terpilih kemudian akan diserahkan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk dimuktamadkan.
"Gerakan mempunyai jawatankuasa penilaian calon untuk PRN yang berperanan bagi membuat tapisan dan seterusnya memberikan latihan yang progresif kepada mereka (bakal calon) sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri nanti," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pada 19 Feb lepas, Dominic yang juga Timbalan Pengerusi PN meminta semua pengerusi Gerakan di enam negeri terbabit untuk menyerahkan senarai calon kepada parti selewat-lewatnya 28 Feb untuk tapisan dan penilaian.
Mengenai rundingan agihan kerusi dalam PN, Dominic yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PN Pulau Pinang berkata ia masih dalam perbincangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau berkata kesemua bakal calon berkenaan perlu melalui tapisan dan penilaian teliti bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar layak dan mampu memberi kemenangan. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gerakan terus kukuh hadapi PRU14 - MB Perak
Gerakan yang telah menghadapi pelbagai cabaran, kini bertambah matang bagi meraih kembali sokongan rakyat, kata Datuk Seri Zambry Abd Kadir.