KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahukan sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil dan kuat supaya ia dapat menumpukan tenaga untuk meningkatkan martabat negara di peringkat antarabangsa.
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia perlu berada dalam kedudukan yang kompetetif dengan negara-negara jiran khususnya Indonesia yang sedang membangunkan Nusantara di Kalimantan.
Sehubungan itu, beliau yang juga Premier Sarawak berkata Kerajaan Perpaduan perlu menumpukan soal pembangunan antara wilayah khususnya bagi negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran.
"Kedudukan kerajaan (Persekutuan) mesti melihat pada masa depan negara yang berdepan dengan banyak cabaran dan bersaing dengan jiran kita. Bila kita lihat (negara) jiran kita membangun, Malaysia juga perlu membangun sama.
"Misalnya di Sarawak, berjiran dengan Kalimantan iaitu Nusantara akan dibangunkan, apakah Malaysia di Sarawak hanya tengok sahaja? Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beri peruntukan besar untuk pembangunan di Sarawak," katanya dalam ucapan ketua-ketua pemimpin parti pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan hari ini adalah julung kali diadakan, yang menghimpunkan lima gabungan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan.
Abang Johari berkata Kerajaan Perpaduan juga perlu melakukan reformasi ekonomi negara berdasarkan bidang ekonomi baharu dan lebih mampan yang berteraskan tenaga yang diperbaharui serta menggunakan kemampuan anak watan.
Premier Sarawak itu seterusnya memberi jaminan Sarawak akan terus memainkan peranan dalam membantu merangka segala usaha membangunkan Malaysia.
"GPS akan terus bersama dengan Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk bersama-sama membangun negara tercinta ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto BERNAMA
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [31 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
UEL: Manchester United lakar lima kemenangan berturut-turut
The Red Devils bangkit selepas 45 minit pertama dengan Dalot mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang daripada Mainoo pada minit ke-60.
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Ferrari tidak lagi tawarkan sistem navigasi GPS dalam kenderaan
Keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan.
Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
Hari pengundian PRK Jepak ibarat duduki 'peperiksaan' - Calon GPS
Iskandar Turkee menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.
PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
GPS tak mungkin capai kekuatan sekarang tanpa perpaduan ahli
GPS tidak mungkin dapat mencapai kekuatan politik yang dikecapinya sekarang, jika ahlinya gagal memupuk perpaduan dalam kalangan mereka.
Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.
PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.