GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menggesa supaya Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diadakan pada penghujung September ini.
Ia bagi membolehkan perlembagaan negeri Pulau Pinang berhubung undang-undang antilompat parti diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, memandangkan Pulau Pinang sebelum ini telah meluluskan undang-undang antilompat parti seperti di Sabah, justeru sidang khas tersebut perlu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Sidang khas seumpama itu sepatutnya diadakan pada penghujung September apabila pindaan Perlembagaan Persekutuan dijangka diwartakan pada masa itu.
“Perlembagaan Persekutuan tidak menganggap wakil rakyat yang dipecat sebagai ahli parti sebagai lompat parti, manakala Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sebaliknya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengambil contoh Sabah, Guan Eng berkata, walaupun mempunyai undang-undang antilompat parti sendiri, namun Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Sabah dalam masa terdekat bagi meminda perlembagaan berkaitan antilompat parti.
Menurut Hajiji, langkah itu sejajar komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah setelah sekian lama berdepan keadaan politik tidak menentu.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, dengan mengadakan sidang khas DUN Pulau Pinang pada akhir September juga akan membolehkan peruntukan antilompat parti bagi Pulau Pinang berkuat kuasa tepat pada masanya ke atas semua ADUN yang dipilih pada pilihan raya umum ke-15 kelak.
“Pilihan Raya Umum ke-15 dijangka diadakan pada November berikutan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membentangkan Belanjawan 2023 lebih awal tiga minggu iaitu pada 7 Oktober, selepas menerima tekanan UMNO untuk mengadakan pilihan raya awal pada tahun ini dan bukannya tahun depan.
“Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan semalam bahawa Perdana Menteri telah "memberi komitmen" bahawa pilihan raya umum akan datang tidak akan diadakan pada 2023, dan mungkin diadakan sebelum Disember 2022,” ujar Guan Eng.
Justeru, bagi memastikan mandat pengundi dihormati dan tidak diselewengkan atau dikhianati oleh ahli politik dengan melompat parti, adalah mustahak DUN Pulau Pinang bersidang sebelum pilihan raya umum akan datang.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Aug 30 2022

Kata Guan Eng, sidang khas membolehkan perlembagaan negeri Pulau Pinang berhubung undang-undang antilompat parti diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan. - BERNAMA

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di Seremban musnah dalam kebakaran, awal pagi Jumaat.
Menurut Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 7.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 7.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Pelan, perancangan tangani COVID-19 akan dibahas pada sidang DUN Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beberapa pelan dan perancangan bagi menangani pandemik COVID-19 akan dibahas pada persidangan DUN Selangor Ke-14.

Pulau Pinang cadang persidangan DUN pada 1 September
Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Sept depan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Pulau Pinang timbang pilihan untuk adakan sidang DUN
Kerajaan Pulau Pinang sedang menimbang beberapa pilihan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan membuat keputusan pada mesyuarat Exco akan datang.

Hadirin sidang DUN Perlis perlu jalani saringan kesihatan
Hadirin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 pada 20 hingga 21 Mei ini perlu menjalani saringan kesihatan oleh petugas Jabatan Kesihatan Perlis sebelum memasuki dewan.

Sultan Kedah gesa kerajaan negeri bersedia untuk pasca COVID-19
Kerajaan negeri Kedah perlu memperkemaskan perancangan pembangunan dan kaedah pelaksanaan terbaik bagi merangsang ekonomi agar pertumbuhannya dapat dipertingkatkan.

Sidang DUN Negeri Sembilan tangguh - Speaker
'Sidang DUN sepatutnya diadakan pada 30 Mac hingga 3 April, tetapi ditunda kepada 4 hingga 13 Mei depan dengan enam hari tempoh bersidang'.

MB Johor ingatkan ADUN jaga tingkah laku pada sidang DUN
Setiap ADUN perlu mematuhi titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk tidak menjadikan persidangan seperti 'sarkas'.