Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa untuk meletakkan jawatannya dalam kadar segera untuk membuktikannya benar-benar menjunjung politik yang bersih, telus dan beramanah.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak berkata, keengganan Guan Eng membuktikan DAP yang kononnya selama ini memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang cekap, berakauntabiliti lagi telus hanya omong kosong semata-mata.
"Saya fikir keputusan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang bersetuju untuk mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri adalah amat memalukan.
"Ini jelas mempamerkan sifat hipokrasi yang luar biasa sebuah parti yang kononnya memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang cekap, berakauntabiliti lagi telus.
"Saya sudah menjangkakan teriakan 'konspirasi politik' akan dilaungkan Guan Eng demi menagih simpati rakyat untuk terus berkuasa sebagai Ketua Menteri," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.
Pada Khamis, Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang memutuskan bahawa tiada keperluan untuk Guan Eng meletak jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai ketua Menteri Pulau Pinang susulan dua pertuduhan rasuah ke atasnya.
Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, pendirian sebulat suara dibuat oleh kepimpinan DAP Pulau Pinang selepas meluluskan usul itu dalam mesyuarat tergempar mereka.
Dalam pada itu tegas Ibdilillah, alasan Guan Eng yang mengatakan pendakwaan terhadapnya merupakan konspirasi politik yang dirancang Kerajaan Pusat untuk menamatkan karier politiknya tidak boleh diterima akal.
"Inilah skrip yang sering dipakai berulang kali apabila pimpinan parti Pakatan Harapan didakwa di Mahkamah. DAP merupakan contoh terbaik sebuah parti yang mengamalkan sikap hipokrasi dalam berpolitik.
"Jikalau yang didakwa di mahkamah merupakan pimpinan parti Barisan Nasional, merekalah yang pertama akan menggesa supaya pemimpin tersebut meletak jawatan, tetapi apabila pemimpin mereka didakwa, mereka pilih untuk bersikap hipokrit. Inilah sikap DAP dari awal penubuhannya," jelasnya.
Pada Khamis, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 30 2016
!['Guan Eng, letaklah jawatan kalau benar-benar telus' - Ibdilillah 'Guan Eng, letaklah jawatan kalau benar-benar telus' - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436260544_IBDILLAHISHAK.jpg)
IBDILILLAH: 'Guan Eng, letaklah jawatan kalau benar-benar telus' - Gambar fail
Ketidakpastian dasar perdagangan kesan kepada sentimen pelabur
Perbincangan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan ini akan meneliti mengapa ketidakpastian dasar perdagangan memberi kesan kepada sentimen pelabur, sejauh mana kesannya, dan berapa lama gangguan pasaran ini dijangka berlarutan.
FBM KLCI dijangka antara 1580 - 1600 mata
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan pelabur fokus pada sektor pembinaan, utiliti, dan teknologi berikutan sentimen positif dan perkembangan terkini dalam sektor-sektor tersebut.
Ringgit dijangka diniagakan pada 4.40-4.45 berbanding dolar AS minggu ini
Perkembangan perdagangan dan sentimen risiko yang meluas dijangka mempengaruhi ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.40-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.
![Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739151613_tbSARpelajardikh.jpg)
Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan
Operasi diteruskan jam 8 pagi ini dengan kekuatan enam anggota dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Jangkaan dividen KWSP 2024: Tinggi atau konservatif?
Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dijangka menerima lebih 5.8 peratus dividen bagi simpanan konvensional tahun lalu, tertinggi dalam tempoh tiga tahun manakal bagi simpanan syariah pula diramalkan antara 5.4 peratus hingga 5.6 peratus. Jumlah akhir dijangka diumumkan oleh KWSP pada awal Mac ini. Bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd,
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen tersebut.
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen tersebut.
AWANI Pagi: CIPTA CITRA IV - Hari Puisi Sedunia 2025
Diskusi bersama dua tetamu, mengenai CIPTA CITRA, yang meraikan edisi keempatnya tahun ini, mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis.
Dividen KWSP dijangka lebih 5.8 peratus
Angka tersebut adalah ‘anggaran selamat’ dan jumlah akhir dijangka diumumkan oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada awal Mac ini.
![Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735001055_tbkemalangan.jpg)
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
Bazar Ramadan: Siapa yang dapat lesen, dia kerja - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan membatalkan lesen perniagaan bazar Ramadan serta merta yang dijual kepada pihak ketiga.
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
![Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714719117_TayyipErdogan.jpg)
Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya.
![Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738489891_TBBANGLOKUALANERUS.jpg)
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
![Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668475033_TBtanahruntuh.jpg)
Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang
Semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat.
![Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera - Ahmad Zahid Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652875504_ZahidHamidi.jpg)
Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua unit banglo di Country Heights, Kajang dibeli pada harga diskaun iaitu RM5.9 juta.
![Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644442384_scam.jpg)
Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian
Serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.
![PPN: 33 individu dikompaun anjur majlis hari jadi PPN: 33 individu dikompaun anjur majlis hari jadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635638410_parti.jpg)
PPN: 33 individu dikompaun anjur majlis hari jadi
Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati seorang lelaki serta seorang wanita didapati positif dadah.
![Wang RM5.9 juta beli dua banglo bukan hasil aktiviti haram - Peguam Ahmad Zahid Wang RM5.9 juta beli dua banglo bukan hasil aktiviti haram - Peguam Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631007755_TBZAHIDHAMIDIjpg.jpg)
Wang RM5.9 juta beli dua banglo bukan hasil aktiviti haram - Peguam Ahmad Zahid
Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata wang itu disumbangkan oleh pemborong tekstil Junaith Asharab Md Shariff dan tukang emas Mubarak Hussain Akhtar Husin.
![Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41627821328_PartiliardiPulau.jpg)
Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.
![Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617690142_keretamewah.jpg)
Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita
Selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta, SPRM turut merampas wang tunai sejumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya pada Isnin.
![Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak - Peguam Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617634839_banglo.jpg)
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak - Peguam
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak, kata peguam yang mewakili Goh, 69.
![Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608970442_PESTALIAR.jpg)
Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis
Dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamine dan ganja bernilai RM3,750.