Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan presidennya Datuk Seri Hadi Awang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada petang ini.
"Hadi akan menghadiri mesyuarat itu pada 2:30 petang nanti dan beliau pun sudah berada di bangunan PAS ini," kata beliau kepada media di pintu hadapan bangunan PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu dijangka membincangkan beberapa perkara berbangkit antaranya mengenai Hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan dan Pilihan Raya PBT yang mahu diadakan oleh DAP di Pulau Pinang
Mustafa berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat PAS di sini.
Beliau berkata mesyuarat PAS pagi tadi hanyalah sebuah mesyuarat yang biasa.
Pada jam 1:57 petang, kelihatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki bangunan PAS itu untuk menghadiri mesyuarat itu.
Khamis lalu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan sebagai wakil dari partinya hanya akan menyertai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat sekiranya Abdul Hadi hadi ke mesyuarat tersebut.
Alasan yang diberikan, kerana DAP tidak mahu pemimpin PAS membuat sebarang tindakan yang bercanggah dengan keputusan Pakatan Rakyat selepas mesyuarat itu.
Mariah Ahmad
Sun Feb 08 2015
![Hadi Awang akan hadiri mesyuarat PR - Mustafa Ali Hadi Awang akan hadiri mesyuarat PR - Mustafa Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/61423376462_295x200.jpg)
MUSTAFA: Hadi akan menghadiri mesyuarat itu pada 2:30 petang nanti - Foto Astro AWANI
![Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250918_tbGazaCity.jpg)
Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza
Seorang pegawai Palestin memberi amaran pada Isnin bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan berisiko terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
Hong Kong bantah tarif Amerika Syarikat, akan bawa ke WTO
Hong Kong akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai tarif terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, menurut Ketua Setiausaha Eric Chan pada Selasa.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
![Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250651_ElakMaksiatPDKh.jpg)
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Peranan Ibu Bapa & Guru Penting
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kata Prof. Madya Dr. Noraini Ahmad dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
Sebanyak dua kedai makan dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Institut Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan pada Isnin malam.
![Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739250388_SuamiIsteriSelama.jpg)
Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas
Man Tiger ditahan manakala tujuh lagi diburu kerana disyaki terbabit dalam kejadian kes melepaskan enam das tembakan di Simpang Renggam.
Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam pada selasa susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dilaksanakan secara 24 jam.
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di kompleks Perdana Putra hari ini di Putrajaya.
![Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251028_HandcuffGari.jpg)
Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.