Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai bukti berbentuk ‘penyata bank’ bahawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, bayaran itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.
“Nama saya Anwar Ibrahim, saya tak akan bercakap kalau saya tak ada fakta. Ni saya ada bukti, Pas, Haji Hadi bayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown.
“Kalau Pas nak cabar, boleh dakwa saya di mahkamah, saya ada bukti,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih, di sini malam ini.
Awal hari ini, Anwar berkata beliau mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan bahawa Pas ada membayar editor Sarawak Report itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.
“Saya baca seluruh prosiding daripada keputusan mahkamah, tidak dibangkitkan oleh Clare Rewcastle Brown ialah dana UMNO kepada Pas.
“Kemudian Pas menafikan disaman dan seterusnya mendapat persetujuan bersama Rewcastle tetapi bon itu tidak ditarik balik.
“Ia aneh sebab saya tahu bahawa penyelesaian bagi kes-kes saman sivil ialah kita tarik balik, permintaan maaf atau pun kes itu dipadamkan. Hal itu menyebabkan saya kurang yakin bahawa ada persetujuan utk Clare menafikan atau membatalkan,” kata Anwar
Kronologi dakwaan Pas terima dana RM90 juta:
6 OGOS 2016
Laporan Sarawak Report mendedahkan pemimpin Pas terima RM90 juta untuk sokong BN dan UMNO
21 APRIL 2017
Hadi Awang fail saman fitnah terhadap pengarang Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London
2 FEBRUARI 2019
Hadi Awang tarik balik saman terhadap Rewcastle Brown, kes diselesaikan luar mahkamah
7 FEBRUARI 2019
SPRM siasat kes Pas terima dana RM90 juta
Firdaus Azil
Wed Feb 27 2019
![Hadi bayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report - Anwar Hadi bayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81551282233_AnwarIbrahimPRK.jpg)
Anwar berkata, bayaran itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650346804_AnwarIbrahim.jpg)
Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar
Rang undang-undang berkaitan larangan tukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam merupakan satu kemenangan kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
!['Isu penggunaan chopstick mengingatkan saya kepada Imam Daud Ting..' - Anwar 'Isu penggunaan chopstick mengingatkan saya kepada Imam Daud Ting..' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635491031_DatukSeriAnwarIbr.jpg)
'Isu penggunaan chopstick mengingatkan saya kepada Imam Daud Ting..' - Anwar
"...beliau yang merupakan penterjemah Al-Quran ke Bahasa Mandarin telah menghadiahkan chopstick kepada saya..." -kongsi Anwar
![PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629296178_TBDSAIBKTAMAN.jpg)
PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut
Sebarang projek tambakan laut di negeri ini tidak seharusnya berlaku sehingga menjejaskan nasib golongan nelayan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini - Sumber Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini - Sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629120598_TBPETUGASMEDIA.jpg)
Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini - Sumber
Sesi menghadap itu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pengesahan tentang calon Perdana Menteri kesembilan yang telah dipilih.
![Raikan kehadiran Muharram dengan semangat hijrah demi perubahan - Anwar Raikan kehadiran Muharram dengan semangat hijrah demi perubahan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620827585_AnwarIbrahim.jpg)
Raikan kehadiran Muharram dengan semangat hijrah demi perubahan - Anwar
Anwar menyeru agar kisah-kisah suci seperti yang ditonjolkan oleh Nabi dan sahabatnya dijadikan iktibar untuk membuka lembaran baharu.
![Raikanlah Aidilfitri secara sederhana - Anwar Ibrahim Raikanlah Aidilfitri secara sederhana - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620831228_AnwarIbrahim.jpg)
Raikanlah Aidilfitri secara sederhana - Anwar Ibrahim
Ujar beliau, walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, namun jangan pernah lupa untuk terus berbuat kebaikan.
![Anwar minta SPRM telus siasat dakwaan sogokan, ugutan libatkan 'Menteri Kanan' Anwar minta SPRM telus siasat dakwaan sogokan, ugutan libatkan 'Menteri Kanan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616403448_AnwarIbrahimAzam.jpg)
Anwar minta SPRM telus siasat dakwaan sogokan, ugutan libatkan 'Menteri Kanan'
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPRM lebih telus dalam menyiasat dakwaan terdapat sogokan dan ugutan yang melibatkan seorang 'Menteri Kanan'.
![Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/71582536731_TBPEMBETANGANEKONOM.jpg)
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.
![PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611157307_TBPcAnwar.jpg)
PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.
![Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610012764_AnwarIbrahim.jpg)
Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.