Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu berjaya memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun kerana pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Beliau berkata itulah rahsia pimpinan PAS di Kelantan yang menurutnya tidak berani menyalahgunakan wang kerana bimbangkan dosa dan pahala.
"Inilah rahsianya, (pemimpin PAS) tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan salah laku dan tidak terlibat dengan macam-macam lagi," katanya dalam ceramah pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini lewat malam tadi.
Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan tidak melakukan perkara yang salah dan mendakwa hanya parti itu yang memperjuangkan agama Islam di negara ini yang tidak memisahkan antara agama dan politik.
Beliau kemudian menggunakan pentas ceramah tersebut untuk mencaci Umno dengan mengatakan anggota parti itu boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka kerana Umno memisahkan agama dan politik.
Walaupun sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa isu royalti minyak tidak harus dijadikan modal untuk berkempen pada pilihan raya kecil ini kerana ia sudah menjadi kes mahkamah, namun Abdul Hadi masih berdegil dan menyentuh perkara itu.
Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48, akan ditentang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.
PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.
Hari pengundian ditetapkan 25 Sept.
Bernama
Mon Sep 15 2014

ABDUL HADI: PAS berjaya memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun kerana pandai berjimat cermat.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

4 individu dikenal pasti dalam insiden pijak gambar pemimpin - Ahmad Zahid
KDN telah mengenal pasti empat individu yang terlibat dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan Bersih 4.

Walau apa yang terjadi, kita kekal bersama PR - Pemimpin kanan PAS
Retreat yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama hari ini mencapai kata sepakat sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Untungkah PAS dalam tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP?
Setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), untungkah PAS untuk terus menjalin hubungan kerjasama politik dengan sekutunya?

Hadi mahu Azmin laksana amanah rakyat Selangor
Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali atas pelantikan beliau sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Ucapan Hadi keterlaluan, dua ADUN PAS bukan 'barua' - Shamsul
Tindakan dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu disifatkan bukan sebagai 'barua'.

Hadi dakwa PAS berjaya perintah Kelantan kerana pandai berjimat
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu berjaya memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun kerana pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Undian online, Pemilihan Pas: Siapa pilihan anda?
Beberapa nama disebut-sebut sedang mengintai peluang untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu.