SHAH ALAM: Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah sah menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu menang tipis dengan 87 undi menewaskan pencabarnya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham yang memperoleh 84 sokongan.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
“Kemenangan Hairi bagi jawatan Naib Ketua Pemuda hanya ditentukan pada jam 12 tengah hari tadi selepas semua keputusan daripada bahagian diterima,” katanya pada Isnin.
Menurutnya, persaingan bagi jawatan itu sangat sengit dengan hanya enam undi memisahkan Mohd Hairi yang memperoleh 85 undi dan Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dengan 79 undi setakat jam 8 malam hari tersebut.
Beliau berkata, bagi jawatan ketua pemuda pula, ia dimenangi Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Melaka, Dr Mohd Akmal Salleh dengan 122 undian menewaskan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Dalam perkembangan lain Shahrir menambah, pihaknya telah menerima 10 bantahan daripada semua bahagian UMNO membabitkan enam daripada sayap Wanita dan empat bantahan Pemuda.
“Bantahan yang diterima JPU setakat ini adalah bagi Wanita di bahagian Kuala Kedah, Kulim Bandar Baru, Pekan, Pasir Salak, Sungai Besar dan Rompin.
"Sementara Pemuda di bahagian Sekijang, Langkawi, Kuala Krau dan Temerloh,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa esok merupakan hari terakhir bagi sebarang bantahan dibuat daripada mana-mana bahagian.
Pada Ahad, Shahrir memaklumkan hanya keputusan pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap parti itu yang belum boleh dimuktamadkan berbanding jawatan lain.
Beliau berkata, masih terdapat lapan lagi bahagian belum menghantar keputusan undian mereka kepada Ibu Pejabat UMNO. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 14 2023

Mohd Hairi Mad Shah. - Gambar fail BERNAMA

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Hairi sah menang Naib Ketua Pemuda UMNO
ADUN Larkin itu menang tipis dengan 87 undi menewaskan pencabarnya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham yang memperoleh 84 sokongan.

Pemilihan UMNO: Hanya keputusan Naib Ketua Pemuda belum boleh dimuktamad - Shahrir
Hanya keputusan pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap parti itu yang belum boleh dimuktamadkan pada malam ini.

Nazifuddin umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
Beliau ingin membantu sayap itu bagi menarik golongan muda agar dapat bersama-sama memperkukuhkan perjuangan parti.

Keterbukaan pemimpin politik bekerjasama, petanda awal kestabilan dan pemulihan - Shahril
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan menyambut baik keterbukaan Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang yang menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk bekerjasama demi kebaikan negara.

KLIYD 2017: Peluang anak muda bertukar pandangan dengan pemimpin
KLIYD 2017 dengan tema Embracing Total Security: Why It Matters adalah kali kedua diadakan selepas penganjurannya pada tahun lalu.

Ucapan Krismas: Guan Eng patut cermin diri sendiri dahulu - Pemuda UMNO
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan tidak melihat diri sendiri yang terpalit kes rasuah apabila menyatakan Malaysia sebuah negara penuh korupsi di dalam ucapan Krismasnya.