TONGOD: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yakin kerjasama baik dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) negeri mampu membawa kejayaan kepada gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata keyakinan itu juga berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
"Kerana itu saya minta pemimpin Gagasan Rakyat di setiap bahagian supaya menyusun jentera parti dengan baik dan memastikan parti kuat sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
"Saya yakin dengan sambutan dan kejayaan kita menubuhkan ribuan cawangan dan bahagian di seluruh Sabah, ditambah kerjasama dengan rakan dalam GRS dan juga PH, insya-Allah kita akan berjaya dalam PRN akan datang," katanya pada Majlis Pelancaran Parti Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut dan Perasmian Mesyuarat Tahunan 2023 bahagian itu di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod di sini hari ini.
Hajiji berkata walaupun Gagasan Rakyat menerima sokongan baik daripada rakyat di negeri ini, parti itu masih memerlukan kerjasama rakan lain untuk mentadbir dan memajukan Sabah.
Sementara itu, beliau berkata keahlian Gagasan Rakyat, yang kini mencecah 300,000 orang di semua 73 bahagian, menunjukkan penerimaan baik rakyat di negeri ini.
Hajiji turut menjelaskan Gagasan Rakyat ditubuhkan akibat ketidaktentuan atau ketidakstabilan politik negara dan di Sabah sejak beberapa tahun lepas, dan ditubuhkan kerana memenuhi aspirasi masyarakat tempatan Sabah.
"Mereka mahu kita berjuang dalam parti tempatan seperti di Sarawak yang mengutamakan parti tempatan mereka. Tapi ini tidak bererti kita tidak mahu bekerjasama dengan parti nasional," katanya.
Selain Gagasan Rakyat, GRS turut dianggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
Pada majlis berasingan, Hajiji menyerahkan sejumlah 421 geran tanah anak negeri bagi pihak kerajaan negeri kepada penduduk dari 15 kampung di Tongod, melibatkan jumlah keluasan 790.37 hektar.
Kampung utama terlibat ialah Kampung Simpang Entilibon sebanyak 127 geran tanah, Kampung Imbak (94 geran), Kampung Kironggu (55 geran), Kampung Kotodon (43 geran) dan Kampung Alitang (37 geran).
Menurut Hajiji, daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran ialah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) dan bakinya sebanyak 78 geran daripada proses permohonan tanah biasa.
Beliau turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri kepada empat kampung iaitu Kampung Tampasuk melibatkan keluasan 77.587 hektar, Kampung Imbak (7.25 hektar), Kampung Linayukan (15.831 hektar) dan Kampung Namukon (4.047 hektar).
Terdahulu, Hajiji melakukan pecah tanah projek pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri (MKN) Tongod bernilai RM5,101,390 yang dimulakan pembinaan pada Jun lepas dan dijangka siap pada Disember tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata keyakinan itu juga berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS. - Gambar fail/BERNAMA

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.

PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.

PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.

GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.

Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.