BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan abangnya Kamarazaman Yaakob menubuhkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat adalah hak beliau dalam amalan negara demokrasi.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan, perbezaan keahlian parti politik dalam kalangan ahli keluarga juga bukan suatu perkara baharu dalam politik tanah air.
"Adik beradik berlainan parti politik bukan perkara baharu, sudah ada di Malaysia...ini demokrasi, itu hak beliau...tidak timbul pertelingkahan dan sebagainya," kata Ahli Parlimen Bera itu ketika ditanya mengenai tindakan Kamarazaman yang menubuhkan Parti Kuasa Rakyat baru-baru ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Upacara Pemakaian Lencana Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di sini hari ini.
Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N.Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Sahabudin Abd Manan dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass.
BACA: Parti Penaja Kuasa Rakyat dilancar, mahu perjuangkan golongan miskin dan muda
Media sebelum ini melaporkan Kamarazaman melancarkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, yang berbilang kaum pada 10 Okt lepas, yang antara lain akan memperjuangkan pelajaran percuma, kesihatan percuma, rumah percuma dan peluang pekerjaan terutama kepada golongan B40 dan M40.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Ismail Sabri berkata, perbezaan keahlian parti politik dalam kalangan ahli keluarga juga bukan suatu perkara baharu dalam politik tanah air. - Gambar fail/BERNAMA
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
KJ pertimbang tubuh parti baharu
Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.
Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa
Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.
Kalau benar KJ ada 'magnet', tubuh parti baharu - Puad
Sekiranya Khairy tidak berani tubuhkan parti baharu, beliau boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.
Bekas menteri Thailand tubuh parti baharu
Dua bekas pemimpin parti pemerintah Thailand - parti Palang Pracharath (PPRP) telah menubuhkan parti politik baharu - Sarng Anacot Thai, dan berikrar membantu memulihkan ekonomi negara.
Keputusan tubuh parti baharu diteruskan - Peter Anthony
Keputusan untuk menubuhkan parti baharu diteruskan, kata bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony.
Tiada pencalonan ketuai mana-mana parti baharu - Zuraida
Zuraida secara berseloroh menyatakan bahawa belum menerima sebarang pencalonan untuk mengetuai sebuah parti baharu yang dijangka dirasmikan pertengahan bulan ini.
Hak abang lancar parti baharu - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan abangnya Kamarazaman Yaakob menubuhkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat adalah hak beliau dalam amalan negara demokrasi.
Hubungan UMNO-Bersatu: Amaran awal sudah saya berikan - Tun M
Tidak mudah bagi Bersatu sebagai sebuah parti baharu menjalinkan hubungan dengan sebuah parti yang kuat dan telah lama bertapak di negara ini.
Trend tubuh parti politik baharu macam buka bisnes - Presiden MIC
"Kalau tak suka buka, buka, buka... kalau kita ada satu jenama itu bukan bermakna mereka tidak boleh buka." - Vigneswaran
Parti muda Syed Saddiq beri isyarat kepada UMNO untuk berubah, bersaing - KJ
Bekas ketua Pemuda Umno tersebut menyambut baik penubuhan parti-parti baharu kerana ia sebahagian daripada sistem demokrasi negara dan melihatnya sebagai perkembangan yang sihat dan positif.