KOTA KINABALU: Keabsahan kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menurut seorang penganalisis politik perlu ditentukan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Penganalisis Kajian Elektoral dan Geopolitik Borneo (GEOPES) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Syahruddin Awang Ahmad berkata, secara logiknya apabila Hajiji mengisytiharkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 10 Disember lalu, kedudukannya sebagai Pengerusi GRS turut terkesan.
Ini kerana beliau dilantik ke jawatan berkenaan atas kapasitinya sebagai Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
"Ini penting untuk pihak-pihak lain terutama sekali Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Perhubungan Bersatu Sabah yang baharu mempertikaikan keabsahan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi GRS.
"Dan sebenarnya kalau secara logik apabila Hajiji mengumumkan untuk keluar daripada Bersatu, sudah tentu beliau tidak ada hak untuk menuntut bahawa beliau masih ada kapasiti sebagai Pengerusi Perhubungan Bersatu Sabah sekaligus pengerusi kepada GRS itu sendiri.
"Maka dengan sebab itu EGM perlu dilakukan dengan segera untuk menimbulkan keyakinan dalam anggota GRS itu sendiri dan juga rakyat negeri Sabah", ujar Syahruddin ketika dihubungi media pada Ahad.
Dalam pada itu, Syahruddin turut berkata kenyataan Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Maximus Ongkili yang memutuskan untuk menggugurkan keanggotaan Bersatu sebagai ahli gabungan GRS pada 9 Disember turut menguatkan lagi alasan perlunya ada justifikasi kukuh mengenai pengekalan Hajiji sebagai Pengerusi GRS kerana beliau bukan lagi ahli Bersatu.
"Bagi saya ini adalah sesuatu yang agak aneh kerana bila menggugurkan Bersatu dari salah satu daripada entiti dalam GRS ia adalah satu tindakan yang menunjukkan ketiadaan Bersatu dan juga Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku mantan Pengerusi Bersatu Sabah dalam keanggotaan GRS itu sendiri.
"Maknanya Bersatu sudah tidak wujud dan sepatutnya Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor juga tidak wujud dalam GRS dan untuk itu kewujudan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi GRS juga boleh dipersoalkan kerana atas kapasiti apa beliau masih wujud ataupun berada dalam GRS sekarang", tambah Syahruddin.
Pada 10 Disember yang lalu, Hajiji secara serentak bersama-sama pimpinan Bersatu Sabah mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan kekal di dalam GRS sebagai ahli secara individu.
Pada 17 Disember, Pengerusi Bersatu Sabah baharu, Datuk Seri Ronald Kiandee mempertikaikan keabsahan memorandum persefahaman menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang ditandatangani Hajiji mewakili GRS sebagai Pengerusi atas alasan beliau bukan lagi ahli Bersatu selain kedudukannya sebagai Pengerusi GRS yang dilantik atas kapasiti Ketua Pimpinan Bersatu sebelum itu perlu diputuskan semula melalui satu mesyuarat dalam GRS.
BACA: Permuafakatan: Tindakan Hajiji tandatangani perjanjian persefahaman tidak sah - Ronald Kiandee
BACA: GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Abdul Hafiz Mustadi
Sun Dec 18 2022
![Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671364530_TBHAJIJINOOR.jpg)
Kedudukan Hajiji selaku Pengerusi GRS mencetuskan perdebatan berikutan selepas statusnya kini tidak berparti selepas meninggalkan Bersatu Sabah. - Foto Bernama
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684481562_KetuaMenteriSabah.jpg)
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
![Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671364530_TBHAJIJINOOR.jpg)
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
![4 MP GRS tidak langgar Akta Antilompat Parti, sudah tinggalkan Bersatu Oktober lalu - Wan Junaidi 4 MP GRS tidak langgar Akta Antilompat Parti, sudah tinggalkan Bersatu Oktober lalu - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667563127_WanJunaidiPRU.jpg)
4 MP GRS tidak langgar Akta Antilompat Parti, sudah tinggalkan Bersatu Oktober lalu - Wan Junaidi
Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meletak jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal bulan Oktober 2022 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670060912_DatukSeriDrWanJu.jpg)
Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.
![Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670755366_STEPHENJIMBANGAN.jpg)
Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah
Presiden PGRS, Stephen Jimbangan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan belum ada rundingan rasmi bersama bekas pemimpin Bersatu.
![Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61638098098_RonaldKiandee.jpg)
Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan kekal bersama Bersatu di Sabah walaupun kepimpinan negeri itu bertindak keluar parti hari ini.
![Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670639097_HajijiBersatu.jpg)
Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu
Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini.
![PRU15: Jika calon Bersatu Sabah menang, sumbang kepada PN - Muhyiddin PRU15: Jika calon Bersatu Sabah menang, sumbang kepada PN - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665500880_MuhyiddinYassin.jpg)
PRU15: Jika calon Bersatu Sabah menang, sumbang kepada PN - Muhyiddin
Setiap calon Bersatu yang bertanding atas tiket GRS akan memberi sumbangan kepada Perikatan Nasional untuk menentukan beberapa kerusi di peringkat Dewan Rakyat.
![Bersatu Sabah pertahan enam kerusi Parlimen dimenangi pada PRU lalu - Ketua Srikandi Bersatu Sabah pertahan enam kerusi Parlimen dimenangi pada PRU lalu - Ketua Srikandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660114087_TBsrikandi.jpg)
Bersatu Sabah pertahan enam kerusi Parlimen dimenangi pada PRU lalu - Ketua Srikandi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan mempertahan enam kerusi parlimen yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
!['Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin 'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656396899_MenteriKerjaRaya.jpg)
'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin
Masidi menyifatkan tindakan Mohamaddin adalah perkara biasa kerana ahli (parti) bebas datang dan pergi.