SEREMBAN: Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith menjelaskan pengguguran beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan adalah pertukaran biasa.
Menurutnya, tumpuannya kini adalah gerak kerja parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
"Sekarang ini tak ada isu, tumpukan gerak kerja, saya tak ada masalah apa- apa dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
"Kita akan lakukan yang terbaik untuk memperkukuhkan jentera parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau turut menasihatkan ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak salah faham mengenai perkara tersebut.
"Jangan salah terima (salah faham) perkara-perkara macam ini sebab dalam politik ini perkara biasa, pertukaran biasa," katanya.
Dalam masa sama beliau turut menegaskan masih lagi ahli Bersatu dan tetap bersama parti.
BACA: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu
Sinar Harian pada Khamis melaporkan Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.
Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha PN Negeri Sembilan, Nazree Yunus.
Menurut Nazree, kepimpinan PN Negeri Sembilan turut dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika dalam mesyuarat lewat petang Rabu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 02 2023
Sinar Harian pada Khamis melaporkan Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta. - Foto Sinar Harian
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
Hanya pertukaran biasa, tiada isu - Eddin Syazlee
Menurutnya, tumpuannya kini adalah gerak kerja parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.
Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan
Menurut Nazree, kepimpinan PN Negeri Sembilan dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika dalam mesyuarat lewat petang Rabu.