Beberapa pimpinan tertinggi UMNO termasuk presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Razak hadir ke Majlis Sambutan Hari UMNO ke-72 di PWTC, malam tadi.
Antara pimpinan yang kelihatan termasuklah naib presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Hadir sama, setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor serta Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Bagaimanapun, kelibat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan.
Pemimpin lain yang hadir kira-kira jam 7.15 malam kemudiannya menunaikan solat Maghrib yang dipimpin Pengerusi Biro Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum majlis doa selamat dan bacaan Yassin berlangsung.
Selesai solat Isyak, pimpinan Umno kemudiannya menyertai majlis makan malam sebelum masing-masing beredar.
Tiada sebarang kenyataan media dibuat biarpun pengamal media cuba mendapatkan sedikit kenyataan dan menunggu di pintu utama.
Sinar Harian
Fri May 11 2018
Antara pimpinan yang kelihatan termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, namun Khairy tidak kelihatan. - Gambar fail
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Hari UMNO ke-72 ... tapi mana KJ?
Beberapa pimpinan tertinggi UMNO termasuk presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Razak hadir ke Majlis Sambutan Hari UMNO ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.
Zaman semakin berubah, UMNO harus kekal relevan - Najib
Najib mengakui bahawa perubahan zaman telah membawa bentuk cabaran baharu kepada parti.